The Reporter

7 buah UTC di pusat beli-belah akan dilanjutkan waktu operasinya ke jam 10:00 malam - MOF


Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) terdahulu menetapkan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre atau UTC) di seluruh negara dari jam 8 pagi hingga 7 petang. 

Bagaimanapun setelah menerima pelbagai maklum balas dari orang awam yang memohon agar waktu operasi UTC di beberapa lokasi tertentu dibuka sehingga jam 10 malam, MOF telah menetapkan tujuh buah UTC yang terletak di dalam pusat membeli-belah untuk dilewatkan waktu operasinya. 

Bermula 22 Januari 2019, waktu operasi UTC seluruh negara adalah seperti yang ditetapkan berikut: 

UTC di Shah Alam, Keramat, Seremban, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuala Terengganu beroperasi sehingga jam 10 malam pada hari bekerja sahaja. 


Namun bagi 15 UTC di kawasan lain termasuk di Sabah dan Sarawak beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja, setiap hari.


"Pertukaran waktu operasi ini turut dibuat sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan. Namu nbegitu, UTC tetap beroperasi selama tujuh hari seminggu kecuali cuti umum bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan kerajaan. 

"Waktu operasi UTC akan dikaji dar isemasa ke semasa bagi memastikan permintaan rakyat dipenuhi dan pada masa yang sama perbelanjaan Kerajaan dibuat secara efisien tanpa pembaziran waktu dan tenaga," kata kenyataan itu.

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...