The Reporter

'Kalau libatkan orang kenamaan lambat je, tapi orang biasa cepat je result urine test keluar' - kata netizen, tapi lelaki ini jelaskan mengapa prosedurnya ambil masa


Baru-baru ini media melaporkan anak pemimpin politik ditahan dan ujian saringan air kencingnya didapati positif dadah. Namun, bagi memastikan keputusan itu, sampel air kencing suspek telah dihantar ke makmal untuk pengesahan lebih terperinci dan satu tempoh lama.

Bagaimanapun di media sosial, netizen yang kurang mengetahui prosedur makmal mempersoalkan mengapa ia mengambil masa yang lama berbanding dengan tertuduh yang merupakan rakyat biasa tanpa jawatan, kedudukan dan yang sewaktu dengannya. 

Bagi memperbetulkan tanggapan tidak tepat netizen itu, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff tampil memberi penjelasan agar netizen faham dengan prosedur pihak berkuasa dalam mengendali kes berkaitan dadah. 

SARINGAN air kencing. Kenapa ada yang cepat, ada yang tiga bulan? 

Aku sebenarnya tak berapa minat nak tulis pasal ni sebab benda ini kebanyakan yang viralkan dan kecohkan sebab nak buat troll politik saja. 

Tapi ramai jugalah yang genuine dan nak tahu. So instead of aku jawab banyak kali di banyak commet berbeza, aku tulislah sikit di sini, senang. 


Bagi kesalahan dadah, secara am ada dua kesalahan. 
  1. Memiliki dadah berbahaya (Ada banyak kategori berdasarkan jenis dan berat dadah). 
  2. Memasukkan dadah ke dalam badan.

Kita fokus pada kes memasukkan dadah dalam badan. 

Masukkan dadah dalam badan ini bahasa mudah dia ialah menggunakan dadah. Tak kira makan, minum, sedut asap, telan pil, inject ala doktor semua ini masukkan dadah dalam badan. 

Simpan dadah dalam plastik kemudian ditelan itu tidak termasuk. Simpan dalam rektum pun tak termasuk. Ini kategori yang pertama tadi, iaitu memiliki. Menyimpan dengan cara sebegini tidak menjadikan kita sebagai pengguna dadah. Urine dan darah tak positif dadah. 

Okey, bila polis rasa kita ada menggunakan dadah, polis akan suruh kita kencing dalam satu botol khas yang diberikan. Selepas itu dia akan test guna satu test strip. Benda ini konsep dia sama seperti pregnancy test atau kertas litmus. Ujian ini dipanggil Saringan Awal Air Kencing. 

Test strip ini akan berubah warna mengikut jenis dadah yang ada dalam air kencing. Test strip ini pun ada banyak jenis. Ada yang kesan satu dadah saja, ada yang boleh kesan sampai lima jenis dadah. Benda ini dalam masa lima minit dah dapat keputusan. 

Bila keputusannya positif, polis akan bawa balik ke balai dan buat laporan. Botol tadi akan ditutup dan dihantar ke Jabatan Patologi untuk ujian makmal yang mengambil masa yang agak lama. Tempoh tiga bulan itu biasa. Kadang-kadang kurang sikit, kadang-kadang lebih sikit. 


Kenapa lama? Kejap, kena jelaskan satu persatu. 

Apa yang test strip tadi kesan? Chemical compound dalam air kencing. Kalau dia kesan apa-apa yang ada chemical compound hampir sama pun dia boleh bertukar warna. 

Sama seperti pregnancy test. Kadang-kadang compound yang dikesan bukan dadah, tetapi miri dadah. Kadang-kadang test stip expired ke, rosak ke, dia main tukar warna saja. Test strip ini tak beritahu apa yang dia kesan, cuma tukar warna sahaja. 

Di mahkamah, kita kena jelaskan apa jenis dadah yang dikesan. Apa chemical compound dia. Adakah chemical compound itu disenaraikan dalam akta sebagai dadah berbahaya? Mana nak dapat benda ini? 

Benda ini cuma boleh dikesan di makmal. Test strip tak boleh beritahu apa compound yang buat dia tukar warna. Untuk ganja contohnya, hasil akhir makmal tak sebut ganja saja. Dia akan sebut, "11-nor-delta-9-tetrahydrio cannabinol-9-carboxylic acid" atau compound lain. Tengoklah apa yang makmal jumpa. 

Bukti seperti itu baru kuat untuk dibawa ke mahkamah. Kalau setakat bawa test strip, senang je boleh lawan. Seperti eksperimen kimia sekolah yang korang buat. Semua pemboleh ubah kena konsisten. Alat-alat kena calibrate. Kalau mai nredah saja, eksperimen simple pun boleh lingkup. Apa lagi benda nak dibawa ke mahkamah? 


Kenapa polis sahkan positif? 

Ini benda yang aku tak setuju dengan tindakan polis. Polis akan dedahkan maklumat-maklumat ini semua untuk memenuhi 'kedahagaan' netizen untuk maklumat. Kita nak maklumat cepat, kalau tak dapat cepat, kita kata polis tak buat kerja. Jadi polis akan beri statement positif ganja la, syabu la. 

Apa yang positif? Saring awal tadi. Strip itu saja. Makmal belum lagi. 

Itu saringan awal yang tak boleh digunakan di mahkamah. Kalau tuduh pun, mahkamah akan suruh tunggu juga beberapa bulan untuk dapatkan keputusan makmal walaupun orang itu nak mengaku. 

Aku pernah tengok kes orang mengaku. Last-last bila keputusan makmal datang, air kencing dia disahkan negatif dadah. Maknanya dadah dah tak ada dalam air kencing waktu ujian. Dia main mengaku saja sebab dia memang selalu ambil dadah. 

Ada sesetengah dadah flushed out dari badan lepas sekali atau dia kali kencing.

Jadi, mahkamah terpaksal epaskan sebab bukti bercanggah walaupun dia mengaku. 

Ya, itu standard mahkamah. 100% pasti baru hukum. 


Kenapa makmal ambil masa lama? 

Polis kena hantar sampel air kencing secepat mungkin. Keadaan pun kena sesuai. Tak boleh simpan lebih kurang. Satu daerah polis, setiap hari lebih dari seorangk ena tangkap pasal urine. Daerah besar boleh sampai berbelas orang sehari. Kalau ada operasi, boleh pergi berpuluh orang sehari. 

Satu daerah, berapa banyak daerah polis? 

Jumlah Jabatan Patologi yang buat ujian air kencing makmal ini tak banyak. Satu makmal ambil lebih dari satu daerah polis. Maknanya setiap hari, satu Jabatan Patologi dapat berpuluh botol urine untuk kajian. 

Mesin dia boleh uji berapa banyak sehari? Berapa ahli kimia yang ada? Berapa mesin? Mesin rosak? Mesin nak kena rehat? Banyak lagilah. 

Sebab itulah lambat. Ada kes ekspres. Ingat kes kopi tahun lepas? Seminggu lebih dah siap. Tapi itu mestilah potong barisan. Kalau kita okey dengan potong-potong barisan ini, tak apalah. Tapi kasihanlah yang dah lama tunggu di tempat lain itu. 

Semua peguam tak setuju tunggu lama. Semua orang nak keputusan segera. Lebih-lebih lagi kalau kes yang memang kesilapan peralatan. (Ada walaupun terlalu jarang). Tapi secara realitinya kemudahan kita tidak cukup untuk menguruskan kes yang terlalu banyak. 

Secara am, saya setuju kita desak kerajaan untuk menaik-tarafkan kemudahan berkaitan sistem perundangan. Makmal Patologi, Makmal Jabatan Kimia, Makmal Forensik, Fingerprint Dusting dan banyak lagi. 

Tapi pada masa yang sama, kita kena faham juga prosedur sedia ada sebelum main tuduh. Jadi, proses ini adalah normal. Pregnancy Test Strip pun kadang-kadang silap. Konsepnya sama. Dah test strip kata positif, kena pergi jumpa doktor untuk test semula. 


Kenapa ada yang kena tuduh awal, ada kena jamin? 

Jamin ini polis memang ada kuasa. Kalau orang dia tak kenal, memang dia akan tuduh dulu baru tunggu lab. Kenapa? Sebab takut orang itu lari, hilang terus. 

Kalau orang yang dia tahu boleh ke mana, satu Malaysia kenal, biasa dia benarkan diikat jamin. Jamin dulu, esok-esok dia tuduh. 

Double standard? Ya, tapi polis ada kuasa dan bukan semua orang nak serah tengkuk pada polis. Ramai yang tangan bergari pun masih cuba lari. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...