The Reporter

'Dewa 19 lebih dihargai di Malaysia' - Ahmad Dhani


Dewa 19 bakal mengadakan konsert di Stadium Melawati, Shah Alam, pada 2 Februari ini di mana peminat band berkenaan akan dihiburkan dengan 30 lagu hit Dewa 19 di samping persembahan artis jemputan, Andra & The Backbone. 

Menurut Ahmad Dhani, konsert Dewa 19 Reunion Live itu mungkin konsert terakhir bandnya di mana mereka tidak lagi menghasilkan album baru, sebaliknya hanya membuat persembahan sekiranya diundang. 

"Ini mungkin menjadi konsert terakhir Dewa 19. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya. 

"Kami tak ada keluarkan single baru ataupun album baru. Jadi, Dewa 19 kini lebih selesa digelar sebagai 'band panggilan'. 

"Ertinya kalau diundang untuk membuat persembahan, kami akan muncul," katanya. 

Dalam pada itu, Ahmad Dhani berkata, Dewa 19 lebih dihargai di Malaysia berbanding di negaranya sendiri serta berharap Baladewa di Malaysia dapat menerima baik kehadiran konsert mereka. 

Konsert Dewa 19 Reunion Live pada 2 Februari ini bakal menyaksikan Ahmad Dhani, Once dan Aris Lasso yang pernah menjadi vokalis band Dewa 19. 

Ahmad Dhani juga menjemput para peminat menonton sesi latihan mereka di YouTube yang menunjukkan kerjasama di antara ahli band memberikan nafas baru dan sedikit perubahan pada beberapa lagu popularnya.



Sumber: Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...