The Reporter

Tersilap masukkan gear, kereta nyaris terjatuh dari tingkat 2


Sebuah kereta Proton Saga BLM nyaris terjatuh dari tingkat satu di sebuah pasar raya kerana kecuaian pemandunya sendiri. 

Kejadian itu berlaku pada jam 7.45 petang Ahad lalu di tempat letak kereta bangunan pasar raya Econsave, George Town, Pulau Pinang.

Menurut laporan media, mangsa sebelum itu baru sahaja selesai membeli barangan di pasar raya itu dan masuk ke dalam keretanya. Dipercayai, mangsa tersilap masukkan gear menyebabkan keretanya mengundur dan merempuh dinding di belakang. 




Rempuhan itu menyebabkan dinding tersebut runtuh dan kereta mangsa nyaris terjatuh dari tingkat dua. Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana keretanya tersangkut. 

Namun, dua buah motosikal yang berada di tingkat bawah mengalami kerosakan teruk akibat dihempap dinding yang runtuh itu. 


Selepas 15 minit kemudian, pihak Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian mendapati pemandunya berusia 30-an masih berada di dalam kereta dalam keadaan menggigil. 

Mangsa kemudian dikeluarkan dan dihantar ke hospital kerana mengalami kesukaran untuk bernafas berikutan trauma dengan kejadian itu. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...