The Reporter

Wanita paling cemburu di dunia, hanya benarkan suami tonton siaran haiwan dan tumbuhan sahaja


Bimbang pasangan curang, seorang wanita bernama Debbi Wood pernah memaksa suaminya mengambil ujian poligraf (ujian pengesan penipuan) dan kerap memeriksa telefon bimbit serta emelnya setiap hari. 


Ibu kepada dua anak, berusia 44 tahun itu dilabelkan sebagai wanita paling kuat cemburu di Britain, malah pernah melarang Steve, 32, menonton rancangan TV yang menampilkan penyampai TV, Holly Willoughby dan Anne Robinson, yang disyaki merupakan wanita kegemaran lelaki itu. 


"Saya tak nak dia fikir wanita lain itu menarik. Kalau awak dah ada isteri dan bahagia dengan pasangan, mata awak sepatutnya hanya memandang pasangan sehidup semati sahaja," katanya. 


Sebagai ganti, Debbi memberi suaminya permainan konsol agar dia tidak kebosanan dan mereka kerap menghabiskan waktu bersama-sama bermain game. 


Debbie yang didiagnosis dengan gangguan psikiatri dilaporkan menghidap Sindrom Othello, yang menyebabkan dia percaya pasangannya tidak setia. Debbie juga memasang software penapis keselamatan dalam komputer bagi memastikan Steve tidak dapat melayari laman lucah. 


Menurut penjelasan pakar, apa yang dilakukan oleh Debbi itu sebenarnya berpunca dari kesan hubungan sebelum ini yang tidak berjalan dengan baik. Selain itu, keadaan Debbi yang mengalami obesiti menyebabkan sindromnya menjadi semakin parah. 


Bagaimanapun, Debbi mendedahkan sejak dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai plus-size model awal tahun ini berkata, suaminya pula menaruh perasaan cemburu terhadapnya. 


"Saya mahu membuang gelaran saya sebagai wanita kuat cemburu dan buat pertama kali sepanjang hidup, saya berasa gembira dan semakin yakin (setelah menjadi plus-size model), termasuk lebih mempercayai Steven. Cuma dia sekarang cemburu dengan perhatian yang saya dapat. Tetapi itu membuatkan saya berasa lebih selamat. 


Kini, Debbi dikatakan berjaya mengurangkan berat badannya. Namun kesan sampingannya, dia mengalami beberapa masalah kesihatan dari sakit di bahagian punggung hingga masalah diabetis. 


Sumber: Daily Mail

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...