The Reporter

'Saya rindu nak berlakon, harap masih ada peluang' - Hampir 2 tahun tinggalkan industri hiburan, kini Shuk Sahar teringin berlakon semula



Hampir dua tahun meninggalkan industri hiburan dan dalam masa dilanda masalah rumah tangga sehingga menjejaskan karier, kini pelawak Shuk Sahar mengakui dia merindukan bidang lakonan. 


Berkata kepada Utusan Malaysia, Shuk yang kini sibuk berniaga untuk menyara kehidupan, berharap agar ada pihak penerbit drama atau filem yang memberik peluang kepadanya untuk kembali aktif dalam industri, sekali gus membina kerjayanya itu semula. 


"... jujur memang saya rindu nak berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu. Baru-baru ini ada sahaja tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, saya terpaksa tolak. 


"Kalau ada peluang untuk berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharapkan. Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin memaklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon. Diharapkan peluang masih ada untuk saya," katanya. 


Hubungan Shuk dengan isterinya, Sera dikatakan masih tergantung. Walau bagaimanapun, mereka masih berkawan baik dan Januari lalu mereka mengerjakan umrah bersama-sama. 


November 2022, Sera memfailkan cerai terhadap Shuk yang didakwa berlaku curang.


Sumber: Utusan Malaysia

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...