The Reporter

'Minta maaf dik, hidup ni tak boleh manja sangat' - Caprice tegur pelajar luah kekesalan tak makan sehari sebab kafeteria IPT ditutup



Sejak dua hari lalu, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar di sebuah universiti di Johor meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap pihak pengurusan kampus yang menutup kafeteria. 


Dakwanya, penutupan kafeteria tersebut menyebabkan dia kelaparan selama satu hari.


"Semalam saya dah tak makan satu hari. Tak makan tu bukan sebab tak ada duit, sebab kafe tak bukak. Habis tu student yang masuk ni nak makan apa? 


"Saya nak cakap kat pihak universiti, kalau tak nak buat kelas online tu boleh, tapi sediakanlah tempat makan," katanya sambil menangis.


Ramai pihak yang bersimpati dengan nasib pelajar lelaki ini. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Ini kerana selain daripada mengharapkan pihak pengurusan kolej, ada beberapa lagi cara lain untuk mendapatkan makanan. Apatah lagi pada masa ini ada pelbagai aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan yang menjadi pilihan pengguna.


Luahan pelajar berkenaan juga telah mendapat perhatian Caprice. Bagi Caprice, dalam kehidupan ini seseorang itu tidak boleh 'manja' tak bertempat.


"Mintak maaf, dik. Hidup ni tak boleh manja sangat. Lain la adik kata adik tak ada duit ke, dua tiga hari tak dapat nak makan. Boleh la kita bukak tabung ke, transfer duit raya ke. 


"Ni adik kata ada duit, tapi tak berjaya cari makan. Kita sebagai lelaki, kena cari jalan. Tanggungjawab seorang lelaki kena perlu sentiasa cari jalan. Semakin banyak kesukaran yang kita lalui, kamu akan jadi seorang yang lebih baik," kata Caprice.



Rentetan dari reaksi pelbagai pihak, pelajar ini akhirnya tampil meminta maaf kepada pihak pengurusan universiti dan menjelaskan keadaan sebenar.


"Saya ingin meminta maaf kepada pengurusan universiti kerana sebelum ni saya tersalah faham. Walaupun kafe tidak bukak, tetapi pihak universiti ada menyediakan makanan kepada pelajar yang mempunyai masalah dari segi kewangan dan masalah untuk mendapatkan sumber makanan.


"Jadi sebenarnya pihak universiti telah menyediakan keperluan makanan, minuman kepada para pelajar yang mempunyai masalah tersebut. Cuma saya yang tidak tahu tentang itu," katanya


Sumber: Bayinuckal, Caprice

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...