ilmu bersama

Tips Bawa Si Kecil Mengerjakan Umrah... InsyAllah..



TIPS UMRAH DENGAN TODDLER
8th February 2017 – 22 February 2017
Bismillahirahmanirahim, Alhamdullilah, dapat juga Nora compilekan beberapa tips untuk bawa toddlers ke Tanah Suci. Ramai yang PM Nora, tapi Nora baru ada kesempatan untuk compilekan semua. Sharing ni dari pihak Nora, moga yang membaca dapat kebaikkan daripada apa yang Nora share.
Yang paling penting sekali sebelum dan sewaktu Umrah adalah niat. Niat niat dan niat. Sentiasa niat yang baik-baik sahaja. Sebab Allah tu maha mendengar. InsyaAllah kalau niat semuanya dipermudahkan, Allah tu akan permudahkan semuanya. Lagi kta nak melakukan perkara baik. InsyaAllah akan dipermudakan. Be positif. Jangan langsung terniat bawak anak ni leceh, dan penyebab susah nak lakukan umrah. Always always positif. Kuasa doa dan niat jangan dipertikaikan.
Aulia pergi umrah masa umur dia 1 year and 3 months. Two days before kami berangkat Aulia was admitted sebab batuk so memang dia a bit drowsy and cranky sikit. Kalau orang besar mengalami jetlag, kids apatah lagi. Jangan paksa mereka. Follow the flow. Time different lebih kurang 5 jam. Ada yang dapat adapt awal, ada yang tak. Biasa dalam 3-4 hari. Untuk Aulia, she took around 4 days baru dia back to her old self.
Alhamdullilah, Nora & family kat sana sihat walafiat, cuma bila dah balik sini tak berapat sihat. Penat dan sedikit flu. Dah 2 minggu still on-off. Dan sekarang Nora kena chicken pox.
1. Barang Mainan Anak
Nora & family bertolak pada 8 February 2017 pada pukul 2PM.
Preparekan toys untuk Aulia, tapi since Aulia tak berapa sihat, so toys yang dah prepare awal-awal tak guna sangat.
Aulia slept all the way from KL to Madinah. Bangun untuk makan dan susu je. Sebab mungkin badan dia pun masih penat lagi.
HOW MUCH & WHAT TOYS to bring?
Kita consider sejam satu toy, so bawak dalam 7-8 toys. Make sure keluarkan satu-satu. So kalau dia boring boleh offer toys lain. Kalau boleh jangan tunjuk dulu toys tu sebelum naik flight so dorang teruja nak main dengan toys.
Contoh toys yang boleh bawak – sticker, brushes, barbies, hotwheels, buah-buah yang boleh potong tu. Anything that your baby love to play. You know your baby well. So just get whatever yang suit their preferences.
2. Boleh Request Baby Bassinet
Kiteorang naik Saudi Airlines. Quite Spacious. Yang bawa baby, boleh request duduk tempat yang ada bassinet.
The whole journey nak ke Madinah, Aulia tido beriba je, tak guna bassinet sebab dia tak sihat kan. So dia nak close dengan Mami je. But don’t worry, Saudi Air memang spacious, toilet pun spacious so nak bawak anak pusing-pusing jalan tu Inshallah senang. Plus FA Saudi Air ni semua Inshallah helpful and friendly.
Kami sampai Madinah pukul 8pm. Immigresen sana sangat friendly dan easy. Lagi senang di Madinah berbanding di Jeddah. Takde masalah waktu sampai.
Gambar ni waktu kami tiba di Madinah jam 8 malam.
Sampai je di Madinah, kami terus check in hotel dan terus rest since waktu tu dah lepas Maghrib & Isyak. So masa amek gambar ni kiteorang turun bawah beli juices and roti semua cheese fuhh sedapnyaaaaa.
3. Dicadangkan bawa Babasling atau Harnest
Pada asalnya nak bawa stroller ke sana, tapi cancel di saat akhir sebab Aulia memang taknak anyone selain Nora. Siap dah beli Pockit Plus! Untuk yang nak bawa stroller, tak ada masalah, tapi not advisable sangat, sebab dalam masjid tak boleh bawak stroller. But really it depends on you. Untuk ziarah boleh je bawak stroller. If you have a clingy baby like me just lupakan. Hahah. Other options, boleh beli stroller di Madinah. Stroller biasa2 je dalam 100-200 riyal. Pastu nanti nak balik boleh sedekah stroller tu. =)
Dicadangkan bawak carrier contoh yang Nora bawa – Babasling. Untuk baby yang dah boleh jalan, boleh bawa harnest sekali, sebab risau kalau baby hilang waktu kita tak sedar.
4. Dipermudahkan urusan
RAUDHAH
Pada asalnya, tak plan langsung nak masuk Raudhah on the first day, but Alhamdullilah, ada rezeki untuk masuk ke dalam Raudhah. Waktu tu, Aulia tengah main-main dekat area kawasan air zam-zam di perkarangan Raudhah, then tak lama tu, ustazah panggil ajak masuk Raudhah. Time tu rasa speechless sangat-sangat because Nora tak ready plus Aulia pulak cranky sikit.
Time nak masuk tu, mudah sangat-sangat. Kuasa Allah S.W.T. Nora terus masuk dengan Ustazah tayah tunggu turn Malaysia. Guard terus bagi masuk. Mungkin sebab dia nampak kita bawak anak. Tak rasa langsung kena tolak or berhimpit Mashallah nak nangis rasa.
Perasaan bila nampak karpet hijau tu, sangat speechless. Nampak je karpet hijau tu, terus pass Aulia kt ustazah. Kebetulan Aulia tak banyak ragam padehal she was cranky before, Nora terus solat doa nangis-nangis. Sampai lepas solat rasa sangat speechless sebab tak sangka dapat masuk.
Terus Nora terfikir sebenarnya Aulia yang mudahkan Nora untuk masuk ke Raudhah. Anak kita bukak rezeki kita so like I said earlier never ever fikir susah bila bawak kids sebab sebenarnya anak ni yang menyenangkan semua.
5. Cari Bahagian Untuk Wanita & Anak
Di Madinah, sangat kids friendly. So sangat tenang dan tak risau sangat. Nak picnic dalam perkarangan masjid pun boleh.
Kalau yang nak solat di Masjid tu, cari section Women with Children, masuk InsyaAllah lebih mudah.
Takpun, kalau Nora, Nora cari tempat yang ada tiang atau rak kasut, sebab yang ni senang nak monitor baby yang nk merangkak ke, berjalan ke sebab limited space untuk dorang bergerak.
For Nora, Madinah ni sangat tenang, dan tak hectic. Lain keadaannya di Mekah. Mungkin sebab makam dan jasad Nabi Muhammad S.A.W ada di Madinah memang lain sangat ketenangan Madinah tu. Setenang Nabi Muhammad S.A.W <3
TIPS!
Memandangkan Aulia tak berapa sihat before ke Madinah, Nora tak mandikan dia selama 2 hari. Cuma lap-lap je bagi dia betul sihat, then baru Nora mandikan dia dengan air suam.
6. Sediakan Ubat Sendiri Secukupnya
Waktu nora pergi Umrah bulan 2. Cuaca sana sejuk. Suhu boleh drop sampai 9 degrees celcius so just be prepare takut flu and demam.
Tolong prepare ubat sendiri daripada Malaysia ye. Lebih berbaloi. Ubat kat sana mahal banyak hahaha. Bawak ubat-ubat common, macam ubat demam, ubat masuk bontot, cold fever, lotions etc.
7. Ambil Giliran Jaga Anak
Memang sangat tenang di Madinah. Masa ni Nora solat di masjid tanpa Aulia. Usually Nora akan take turns dengan my sisters jaga Aulia sebab her condition time tu masih selsema and batuk so Nora nak made sure she was fit before we leave for Mekah.
If korang datang dengan family boleh je take turns sebab sometimes kita nak solat dengan khusyuk sikit ke kan. Inshallah, kerjasama antara families banyak menolong senangkan journey dekat sana.
8. Ambil Perhatian Jika Datang Bulan
OK NI PENTING!
Mommies yang breastfeeding, tolong sangat, jangan underestimate your period. Lagi-lagi yang memang tak pernah datang period, or sesekali tu. Dekat sana, apa je boleh terjadi. Jangan terlebih confident macam Nora. Hahaha.
So ambil je ubat tahan period. Ni Nora beli time dekat Madinah sebab ade sikit spotting masa kat Madinah.
Time tu, Nora period sikit-sikit. Macam ada, macam takde. So, bila tengok clear je, terus mandi wajib dan solat. Nora repeat everytime macam ada keluar period, and bila rasa clear.
9. Dukung anak
Nora pakai Baba Sling waktu lakukan Tawaf & Saie. Memandangkan Aulia memang tak nak dengan orang lain, so Nora dukung Aulia guna Baba Sling selama selesaikan Tawaf & Saie.
Nora settlekan umrah dalam sejam setengah. Penat? Hahahahaha. Penat tapi berbaloi. Macam tak percaya jugak dah selesai Umrah dukung Aulia. Feeling masa saie tu macam Siti Hajar dukung Nabi Ismail back and forth. Hahaha. Tapi Mashallah, amazing feeling.
Nora Alhamdullilah dapat buat 3 kali Umrah sepanjang di Mekah. Tawaf sunat lebih kurang 3 kali jugak. Rasa bersyukur sangat dapat buat Umrah dengan keluarga.
Perjalanan balik dari Mekah ke Jeddah mengambil masa 2jam mengunakan bas.
Flight balik Malaysia malam pukul 10.30pm. Flight balik pun Aulia behave. Dia tengok movie, main toys lepastu tido sampai lah arrive KLIA dalam pukul 12PM. Alhamdulillah.
Alhamdulillah experience bawak anak ni best sebenarnya walaupun rasa mencabar sikit. Especially kalau anak kita sihat and fit, lagi best. But we take it as our dugaan kat sana masa Aulia tak sihat. In a way, semuanya banyak dipermudahkan. Alhamdulillah Allah senangkan perjalanan disana. Jangan takut nak bawak anak ke Tanah Suci. Anak ni rezeki. Inshallah macam-macam rezeki Allah akan bukak dekat sana. Doa, niat and tawakal. Inshallah.
TIPS, Pakai jubah hitam, telekung/tudung hitam, or niqab. Senang nak masuk mana-mana sebab guard dorang akan fikir kita orang Arab jugak. Hihi. Gambar ni lepas kiteorang semua dapat masuk Raudhah.
Masa ni Aulia dah sihat sikit yay! Baru lepas visit Museum Nabi. Tips di Madinah. Kat Madinah ni la korang boleh shopping semua barang. Jubah, kurma, tasbih semua sebab much more cheaper in Madinah dari di Mekah. Plus cantik-cantik Jubah di Madinah dari di Mekah. Hihihi.
Ziarah Bukit Magnet. Nora pergi sini dengan kawan yang menetap di Madinah. Tapi rasenya boleh je request dengan travel agency kalau nak datang sini. Dekat Bukit Magnet ni kereta gerak sendiri in free gear mode. Mashallah, keajaiban Allah S.W.T.
Usually Nora & Arin akan buat tawaf sunat lepas pukul 9PM. Time tu kurang orang sikit. Aulia Nora akan mintak family jaga and kiteorang akan buat tawaf sunat. Tawaf sunat ni bersamaan dengan SATU UMRAH kita kerjakan.
Third Umrah, Nora & Arin try naik skuter. Skuter ni dapat membantu orang tua, orang kurang upaya, wanita hamil, keluarga yang bawak anak kecil, dan orang yang ada masalah lutut. Sihat Walafiat, takyah mengade ok? Tempat nak naik skuter ni dekat dengan tempat saie. Naik tingkat Mezzanine nanti korang akan jumpa signage. Dan skuter ni ada 2 jenis, untuk seorang atau berdua.
Harga untuk skuter ni. SR50 untuk tawaf sahaja, dan SR100 untuk tawaf & saie.
Umrah ketiga ni habis dalam masa sejam.
Mudah-mudahan dengan catatan ini dapat membantu parents yang teragak-agak sama ada nak bawa atau tidak anak mereka ke Tanah Suci. For me, please bawak and feel the experience. If you have any questions, please feel free to ask me by PM or comment.
Do share if you think this sharing is useful. Nora doakan semoga semua dapat sampai ke Tanah Suci yang super amazing ni. Mashallah, words cannot describe the feeling. Sampai harini masih rindu.

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...