Foto - Malini Idris |
Oleh Malini Idris
Khas untuk pengguna iPhone. Please share kalau rasa bermanfaat.
Pernah tak iPhone korang jadi begini? Mula-mula iPhone 'hang'. Selepas itu terpapar logo Apple sahaja dan tiada tanda-tanda langsung nak baik. Saya bawa pergi ke dua buah kedai. Technician kata, software problem pada awalnya. Okey fine, bagilah mereka buat.
Keesokan harinya, pergi semula ke kedai itudan mereka kata kena hardisk, selepas itu motherboard rosak pula. Tahu tak berapa kos repair motherboard? Lebih baik beli iPhone yang baru dari betulkan motherboard itu. Tetapi saya tidak percaya sebab kebiasaannya motherboard rosak berpunca dari kejadian seperti iPhone terjatuh dan masuk air.
Kemudian saya bertanya pula pada technician yang kedua juga memberikan jawapan yang sama iaitu hardisk dan motherboard rosak. Okey, masa ini memang dah down sangat. Saya kata,
"takpelah..."
"takpelah..."
Pergi ke kedai yang ketiga, saya jelaskan semua kejadian. Technician ketiga kata mustahil motherboard bermasalah. Ini semua software saaja. Kalau motherboard rosak, kenapa nak cakap hardisk yang rosak sedangkan hardisk dengan motherboard adalah dua benda yang tak jauh beza.
Selepas itu saya berfikir, sebab saya memang buat research tentang punca motherboard rosak yang biasanya disebabkan jatuh teruk dan masuk ini. Dua perkara ini saja yang selalu menjadi punca motherboard rosak. Tetapi kalau air tak masuk di motherboard, mungkin LCD saja yang probelm. Sekadar pandangan saya, betulkan kalau saya tersilap.
Tak puas hati, saya cari jalan penyelesaian di YouTube. Ramai gila orang yang menghadapi masalah yang sama dan sudah pastinya bukan disebabkan oleh motherboard tetapi punca sebenarnya software yang tak stabil. Asalnya sebab masa update iOS, signal WIFI tak kuat dan iPhone tidak diupdate dengan sempurna.
Masa update ke iOS 10, lagi banyak iPhone buat hal. Macam mana saya berjaya hidupkan semula iPhone ini secara manual? Masa nak ON iPhone itu, saya tekan home button lama-lama. Tekan sampai keluar perkataan 'Hello' di bahasa-bahasa hello yang lain. Yang ini hard reset namanya.
Pilihan kedua kalau cara pertama tidak berjaya, korang boleh tekan on/off sampai logo Apple keluar dan terus tekan button volume up. Tekan lama-lama sampai dia keluar dari logo Apple. Tetapi kalau tak menjadi juga, jumpalah dengan pakar. Saya hanya berani kongsi tips ini sebab saya buat. Tolong, jangan terus percaya dengan pihak kedai. Buat research dulu sebelum mengambil apa-apa tindakan.