Sensasi

VIDEO!!ANAK DARA DIRATAH BAPA SENDIRI 5 JAM SEHARI..BERAKSI ALA TARZAN SEHINGGA TERKULAI LAYU DEPAN IBUNYA!!UNTUK TONTOTAN DEWASA SAHAJA




KUALA LUMPUR - Kedatangannya ke ibu kota mahu mencari masa depan yang cerah bertukar menjadi mimpi ngeri remaja perempuan berusia 16 tahun dari Sarawak itu dirogol berulang kali dan diserang oleh bapanya di kediaman sewanya di rumah kedai, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit. 

Lapor The Malay Mail Online, bapa mangsa berusia 38 tahun yang menjual buku keagamaan turut memukul mangsa dengan tukul, mencekik dan mengancamnya dengan pisau bagi memastikan mangsa tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai perbuatan kejinya itu. 

Mangsa yang berasal dari Lundu itu difahamkan datang ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran. 

Namun, pengalaman ngerinya itu bermula 8 jam selepas dia sampai ke rumah bapanya, pada 26 Ogos lalu. pada jam 12.05 pagi, suspek telah melakukan serangan seksual dan memaksa mangsa melakukan oral seks sebelum merogol mangsa yang cuba meronta untuk melepaskan diri. 

Menurut sumber polis, suspek merogol mangsa beberapa kali dalam tempoh tiga minggu sehingga mangsa diselamatkan pada Khamis lalu. 

"Mangsa ditampar, dicekik, ditendang dan lututnya dipukul dengan tukul serta lehernya diacu dengan pisau agar dia tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa. 

"Mangsa yang bekerja di sebuah kedai borong yang berhampiran bagi mencari pendapatannya sendiri hanya tinggal tidak beberapa jauh dari Balai Polis Chow Kit. Namun mangsa terlalu takut untuk meminta bantuan," kata sumber. 

Seorang jiran yang tinggal berhampiran kediaman mangsa memaklumkan kepada ibu mangsa selepas mendengar remaja itu menangis. Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Lundu  pada 8 September lalu. dan percaya bahawa anak gadisnya telah diserang. 

"Ibu mangsa memberikan alamat yang kurang jelas menyebabkan kami sukar menjejaki mangsa. Namun pada Khamis yang lalu kami diberikan lokasi yang sebenar." 

Sumber yang lain berkata, pihak berkuasa mengetuk pintu kediaman suspek pada waktu tengah hari Khamis. Namun tiada sebarang jawapan yang diberikan. 

Polis kemudian terpaksa memanjat saluran udara sebelum memecah masuk ke bilik suspek dan menemui suspek bersama anak gadisnya itu. 

"Ketika ditemui, mangsa menangis dan berlari memeluk pegawai polis wanita yang turut serta dalam serbuan itu. Terdapat kesan lebam di dahi serta kesan kelar di lehernya."

Suspek menafikan semua dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia hanya memeluk anaknya agar remaja itu tidur kerana mangsa terlalu rindukan rumahnya di Sarawak. 

Mangsa kemudian dibawa ke balai polis bagi merakam keterangannya. Menurut mangsa, dia tidak berani mendapatkan bantuan dari pihak polis dan rakannya kerana terlalu takut dengan bapanya. 

"Kami percaya bahawa dia telah dirogol lebih dari 10 kali. Mangsa juga mungkin telah dipukul tanpa belas kasihan oleh bapanya agar tidak membuka mulut mengenai perbuatan bapanya itu." 

Suspek yang ditahan reman pada 18 September 2016,  pernah ditahan sebelum ini di atas penyalahgunaan dadah.

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...