The Reporter

'Kau dah tipu orang dan kau nak saman pula bila kita bersuara?' - Abang pengantin dakwa majlis perkahwinan adiknya dianiaya syarikat wedding planner


Terkilan hati si abang melihat majlis perkahwinan adiknya dianiaya oleh sebuah syarikat wedding planner yang mendakwa diri mereka pakar dalam bidang berkenaan. Majlis yang sepatutnya meraikan pasangan pengantin bertukar menjadi kelam kabut apabila pihak berkenaan langsung tidak menyediakan khidmat katering. 

Keadaan itu menyebabkan keluarga pengantin bersilih ganti mendapatkan makanan untuk para tetamu lebih dari 1,000 orang. Sudahlah majlis itu merupakan majlis pertama dalam keluarga mereka. 

Kesal dengan apa yang berlaku, abang kepada pengantin, Zahier Zulkafli memuat naik kejadian itu di laman Facebook dan Twitter miliknya pada 25 Mac lalu mendapat pelbagai reaksi netizen. 

Difahamkan, perkara itu telah diketahui oleh pihak syarikat wedding planner berkenaan yang kemudian memberi amaran untuk membuang post tersebut dari Facebook atau mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahier. 

"Minta maaf, tapi sila padam post di Facebook atau saya saman." demikian mesej yang dikongsikan oleh Zahier yang didakwa diperolehi dari pihak syarikat terbabit.  

"Wow! Sangat beradab sis, saya suka cara sis minta maaf. Kau dah tipu orang dan kau nak saman kita pula bila kita bersuara? Common sense shouldn't be fed. This is what happened to my sister's wedding," tulis Zahier. 

KRONOLOGI:

Setahun dah book dengan syarikat wedding planner ini. Tetapi 11 jam sebelum majlis, dapat ura-ura yang syarikat ini kata tak ada majlis yang akan dilangsungkan pada 24 Mac 2018 (termasuk tiga majlis lagi). Tiga majlis itu dapat info jam 11:00 pagi officially. Kitorang? 

Dapat call pun ura-ura. Jadi kita cuba call banyak kali to no avail. Takkan kau tidur kot awal malam sebelum event? Wedding planner terbaik. 

Kitorang sampai jam 3:00 pagi tak tidur. Fikirkan solution dan berharap yang this thing yang akan berlaku hanyalah sekadar mimpi. 

Jam 7:00 pagi, try call lagi. Nope, no response. Aku bangun tengok adik dan parents aku dah tergopoh-gapah pergi beli barang. Saudara mara datang pakai baju lawa-lawa tiba-tiba kena tolong potong bawang semua. Very thankful to saudara mara yang kebanyakkannya ada background memasak/meniaga. 

Pelamin, makeup, sound system, photographer, butik dan kelengkapan lain dah ada, cuma katering yang mainly based under syarikat ini tak ada. Pasal makanan, negara pun boleh berperang weh. 

Masa majlis, kitorang ulang alik top up beli makanan. Jemputan lebih dari 1,000 orang dan rupa-rupanya semua yang bekerja semasa majlis ini (selain katering) tak dibayar lagi. Tetapi mereka datang dan tak tahu tentang krisis ini. Bigger surprise! 

First wedding in the family and this happened. Kitorang satu keluarga tak makan dari pagi sampai majlis dah nak habis. We put our best effort to keep a smile during the entire majlis. 

Kepada awak-awak yang terlibat dalam scam ini, satu saja yang kami harap. Hope you and your family lives your best life. 

Laporan kepada pihak polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telahpun dibuat. 



Setiap keluarga yang berjaya ditipu, mereka akan ambil gambar bersama - FOTOL ZAHIER ZULKAFLI



Ini saja gambar yang dapat kongsi dari majlis semalam. Aku scroll gambar lain, aku pula rasa sedih. Aku betul-betul menghargai jasa baik saudara mara semalam. Tanpa diorang, tak jalan majlis perkahwinan ini. - FOTOL ZAHIER ZULKAFLI

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...