The Reporter

Lumpuh selepas duduk 30 minit dalam tandas sambil bermain telefon


Menjadi tabiat bagi sesetengah orang membawa suratkhabar, telefon bimbit dan sebagainya apabila masuk ke tandas untuk membuang air besar. 

Dalam laporan Yahoo, seorang lelaki muda dari Chongqing, China yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini, dilaporkan lumpuh selepas duduk terlalu lama di tandas duduk, lapor Yahoo. 

Dalam kejadian tiga tahun lalu, mangsa pergi ke tandas membawa bersama telefon bimbitnya kerana dia tahu mungkin proses pembuangan itu akan mengambil masa yang agak lama. 

Bagaimanapun, selepas setengah jam kemudian, mangsa masih berada dalam tandas menyebabkan ahli keluarganya datang untuk memeriksa keadaannya. 

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring di lantai dan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Malangnya, doktor mengesahkan mangsa mengalami lumpuh dan puncanya kerana duduk terlalu lama di tandas yang sempit dengan ruang pengudaraan yang minima sehingga menjejaskan peredaran darah dalam badannya. 

Menjelaskan bagaimana kejadian itu berlaku, doktor berkata, apabila mangsa berdiri secara mengejut selepas duduk terlalu lama menyebabkan otaknya mengalami kekurangan oksigen secara mendadak (Cerebral Hypoxia boleh menyebabkan kecederaan otak). 

Mangsa yang tidak fokus ketika membuang air besar juga boleh menyebabkan sembelit dan rektumnya perlu bekerja lebih keras. Selain kurangnya aktiviti bersenam juga menyumbang kepada kejadian yang menimpa mangsa.

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...