The Reporter

'Memang ibu tak minta upah untuk jaga cucu tapi Ibu juga adalah manusia'


Mana-mana pasangan yang mahu ibu atau ibu mertua menjaga anak mereka, haruslah diberi upah menjaga, demikian pandangan pendakwah Ustaz Amly Asenar yang menjawab pertanyaan ramai mengenai perlu atau tidak memberi upah kepada ibu yang menjaga cucu mereka. 

Menurut beliau, ada sesetengah pasangan yang menghantar anaknya kepada ibu untuk dijaga, namun langsung tidak diberikan upah ada ada pula sebaliknya. 

"Ibu juga adalah manusia biasa. Memanglah ibu tidak meminta tetapi mana ada benda percuma dalam dunia ini? Tambahan pula apabila menjaga cucu, banyak perkara yang agak terabai kerana perlu memberi tumpuan kepada si kecil," katanya memetik dari kenyataannya dari Sinar Harian

Menurutnya, ibu pula jika tidak ada sebarang tuntutan diharuskan untuk menghulurkan pertolongan jika anak mereka memerlukan bantuan. Namun anak-anak perlu prihatin kerana ia boleh jadi berdosa jika perkara itu menyusahkan mereka. 

"Langsung tidak salah untuk meminta bantuan daripada mereka tetapi kena peka dengan situasi mereka. Si anak tidak sepatutnya memaksa ibu atau ibu mertua menjaga cucu sehingga mengganggu urusan harian mereka untuk ke surau atau mengikuti kelas agama," katanya. 

Justeru beliau menasihatkan agar ibu bapa menjaga menjaga anak sendiri atau mencari khidmat pengasuh terlebih dahulu dan jika tiada, barulah mencari ibu atau ibu mertua. Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa ibu bapa bukan tugasnya menjaga cucu selamanya.

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...