The Reporter

'Aku nak berpesan...' - Pesanan arwah sebelum meninggal dunia buat netizen rasa sebak


"Sesiapa yang pernah mengenali arwah sahabat baik saya, minta jasa baik semua sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat baik saya, Muhammad Azrin bin Rapiza. 

"Sebelum arwah sahabat saya meninggal, dia tinggalkan pesanan kat semua," demikian tweet dari Syariel Danial yang dimuat naik pada 15 April lalu membuatkan netizen rasa sebak dengan pesanan yang disampaikan oleh arwah. 

Difahamkan, Muhammad Azrin, terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum dihantar ke hospital dan kemudian disahkan meninggal dunia. 

Dalam perkongsian Syariel, arwah sempat berpesan kepada rakan-rakan media sosialnya.

"Aku nak berpesan. Korang kalau mak korang masak walaupun korang ada plan nak keluar makan dengan kawan-kawan, jamah dulu makanan dekat rumah tu. Sebabnya nanti bila mak korang dah tak ada, benda paling korang rindu, masakan dia.

"Korang kalau mak korang membebel walaupun kadang bukan salah korang, kau diam je. Jangan nak melawan sebabnya nanti bila mak kau dah tak ada, yang kau rindukan.. leteran dia," tulis arwah di Instastory. 




Hargai dan sayangilah orang di sisi kita kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada diri atau pada orang yang disayangi pada keesokan hari-hari yang mendatang. 

Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...