The Reporter

'Kalau driver Grab buat salah sikit tu, abaikan sajalah. Kalau dia kena banned, dia nak bawa apa?'


Kemunculan pesaing industri teksi, iaitu Grab dan Uber menerima banyak reaksi positif dari para pengguna. Namun baru-baru ini Uber telah mengambil keputusan untuk menjual syarikatnya kepada Grab di rantau Asia, sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran di kalangan pemandu Uber berikutan mereka terpaksa beralih kepada Grab. 

Di laman Twitter, seorang pengguna Twitter, @myjoe, berkongsikan pandangan mengenai driver Grab berdasarkan pengalamannya sendiri dan meminta para pengguna tidak bertindak secara melulu melaporkan ketidakpuasan hati mereka pihak Grab sekiranya pemandunya membuat kesilapan yang remeh-temeh. 

"Bro, sis, der, dik, kalau driver Grab buat salah sikit tu, abaikan sajalah. Tak perlu report kepada pihak Grab. Kalau dia kena banned dari Grab, dia nak bawa apa? Uber dah tak ada. 

"Kecuali kesalahan yang serius, merompak, sexual harassment, etc." tulis Joe. 


Menurut Joe, pihak Grab banyak menerima aduan dari pelanggannya dan juga banyak pemandu Grab diberhentikan perkhidmatannya disebabkan alasan yang tidak munasabah. Akibatnya, mereka kehilangan punca rezeki dan terpaksa membuat rayuan. 

"Yang tak pernah drive Grab ni, korang cuba sehari duduk di office Grab. Macam-macam kes driver kena banned disebabkan alasan yang tidak munasabah. Ada driver yang merayu menangis sebab itu satu-satunya sumber rezeki anak bini dia," tulisnya.  

Berkongsi pengalamannya menggunakan perkhidmatan Grab, Joe pernah menaiki kereta Grab yang dipandu oleh bekas tentera hilang keupayaan pada tangan kanannya akibat kemalangan. Meskipun dengan keadaan seperti itu, beliau terpaksa juga bekerja untuk menyara kehidupan. 

"Hari tu aku naik Grab. Abang driver ini bekas tentera kerja di MINDEF, accident di RNR Seremban. Tangan kanan tak function. Bagi signal, tukar gear, pegang stereng semuanya menggunakan tangan kiri. Bayangkan yang kena banned itu dia. 

"Pernah naik Proton Exora. Cara akak ini memandu agak menakutkan dan terkial-kial. Apabila ditanya, rupa-rupanya dia bekas kakitangan RHB. Dia baru dapat lesen memandu sebab terpaksa berhenti kerja dan bawa Grab. 

"Suami dia tiba-tiba lumpuh. Anak pula lima orang. Aku nak menangis masa tu. Bayangkan kalau dia kena banned?" tulisnya. 


Sama ada pelanggan atau pemandu Grab, bersederhana dan berhati-hatilah dalam tindakan kita kerana bimbang ia akan memberi kesan yang negatif dan tidak diingini. Usah perbesarkan hal yang remeh temeh, sebaliknya bermaaf-maafan dan cari jalan penyelesaian yang baik. Melainkan berlaku kejadian yang melampaui batasan, laporkan terus kepada pihak Grab. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...