The Reporter

'Saya sanggup jadi pengasuh dan cuci 'yeyek' bayi' - Diva AA


"Saya juga sanggup jadi pengasuh kanak-kanak dan cuci 'yeyek' (najis) mereka," demikian kata Azwan Ali yang bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapor mStar Online

Azwan Ali yang bertanding menggunakan logo gajah itu dilaporkan sanggup menjadi 'pembantu rumah' kepada penduduk bertuah di kawasan yang ditandinginya sekiranya dia diberi mandat untuk menjadi wakil rakyat di kawasan itu. 

"Jika saya ditakdirkan menjadi YB (Yang Berhormat), saya akan turun padang bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat. 

"Bukan setakat beri rendang percuma, saya boleh jadi pembantu rumah dan basuhkan bilik air penduduk bertuah Bukit Antarabangsa. 

"Saya juga sanggup jadi pengasuh kanak-kanak dan cuci 'yeyek' (najis) mereka tetapi dengan syarat, kanak-kanak mestilah berusia enam bulan ke bawah," katanya memetik laporan dari mStar Online

Terdahulu, Azwan menyatakan hasratnya untuk bertanding di Bukit Antarabangsa bagi menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Malah pernah berkata mahu menelanjangkan abangnya itu. Bagaimanapun, pada hari penamaan calon, Azwan menarik balik kata-katanya itu. 

Azwan yang juga menggelar dirinya sebagai Diva AA tidak kisah sekiranya dia tewas pada 9 Mei ini dan tidak akan serik untuk bertanding lagi di pilihan raya yang seterusnya. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...