The Reporter

'Tadi bukan ikut jalan ini ke?'


Ini based on pengalaman saya sendiri ya, berlaku pada September 2017. Ini memang pertama kali pergi ke Pulau Perhentian. Nama-nama orang dalam cerita ini bukan nama sebenar. Hope enjoy. 

HARI PERTAMA

So first, bila dah sampai ke Pulau Perhentian, kitorang seramai 10 orang check in masuk bilik masing-masing. Sebelum itu guide ada kata kalau nak pergi hiking, pergilah berkumpul di tempat sekian-sekian. Selepas itu kitorang berbincang sama ada nak pergi atau tidak, diorang kata nak pergi. Jadi biarlah, tetapi saya tak pergi dan saya kata kalau nak hiking, diorang kena tinggalkan Adra dengan saya dan adik saya dalam bilik. 

Jadi, mereka pergi bernema sahaja. Saya tak pergi sebab rasa tak sedap hati. Lagipun diorang hiking bermula petang sampai maghrib, jadi tak elok bawa budak-budak dan Perhentian ada 'benda' dan banyak okey, bukan sikit. Biasalah pulau, kan? Hehehe! 

Dalam jam 4 petang itu, diorang pun pergi hiking. Bila dah selesai hiking, jam 7.15 petang diorang pun sampai bilik dan Kak Sue ada cerita. 

"Tadi nasib baik tak bawa Anna dengan kitorang pergi hiking, sebab ada benda terjadi," katanya. 

"Apa benda pulak ni?" getus saya dalam hati. 

Kak Fit kata, masa diorang hiking, adalah juga ranting-ranting, batu-batu di jalan, tetapi bila diorang nak turun daripada hiking, diorang kata jalan dah lain. Ranting-ranting dah tak ada dan tiba-tiba ada tali purple yang panjanglah juga dan diorang ternampak ada sekumpulan perempuan ikut tali itu. Jadi diorang pun ikutlah sekali.

Tetapi bila diorang dah separuh jalan, group perempuan itu hilang. Sedangkan jarak diroang dengan group perempuan itu dekat saja. Jadi, dari situ diorang dah mula rasa tak sedap hati dan berpatah balik. Bila patah balik, diorang ikut jalan yang ada tali merah dan Alhamdulillah diorang sampai. Tak sangka. 

'Benda' itu ajak main pula petang camtu. Haha! Dan ya, diorang akhirnya sampai ke bilik. 

Okey. Yang ini part dekat on the way nak pergi Long Beach. First, guide kata jalan nak pergi ke Long Beach ini dekat dengan kedai makan. Jadi, kitorang decide nak pergi makan dulu. Lapar beb. Dari sampai pulau, tak makan. Haha!

Okey, selesai makan, kali ini kami berlima saja pergi Long Beach sebab yang lagi empat orang tak dah larat nak naik bukit, penat berhiking masih tak hilang. Dah kenyang semua malas, jadi kami berlima pun mulalah mendakit bukit nak pergi ke Long Beach itu. 

Jalan nak pergi ke Long Beach itu memang gelap. Ye, gelap yang teramat macam korang tutu psemua lampu dalam rumah. Begitulah gelapnya dengan suasana tepi pokok-pokok getahnya, mana tak seram? 

Jalannya yang tak rata, kitorang berjalan dengan semua flashligth handphone dibuka. Bila dah separuh jalan, ada lampu sikit. Sikit sajalah, tak banyak. Kemudian kitorang pun sampailah di satu gerbang nak masuk ke Long Beach ini. Di gerbang itu dah mula tak ada lampu semula dan jalannya sangat kecil. 

Semasa berjalan, Kak Fit terpijak seekor ular sawa kecil. Selepas saja tempat ular sawa kecil itu, kitorang dah nampak cahaya dan saya pandang pangkin buruk itu dan nampak sesuatu tetapi saya abaikan. Alhamdulillah kami sampai akhirnya. 

Bila dah beberapa minit di Long Beach tu, tengok fire show semua, kitorang pun rancang nak balik bilik. Sepanjang perjalanan nak balik itu, saya ada terpandang satu pangkin buruk itu sekali lagi dan pangkin itu tak ada beb. By the way, kami pulang dengan jalan yang sama. 

Selepas pangkin buruk itu hilang, saya dengan Kak Fit sambung perjalanan semula. Dah separuh jalan tempat terpijak seekor ular sawa itu, ada dua lorong. Satu lorong ada lampu meriah sangat suana dengan papan tanda bertulis "Kawasan Perumahan" dan saya dengan Kak Fit hampir masuk lorong itu. Tetapi masa pergi ke Long Beach, tak ada pun lorong itu. Bila nak balik, ada pula? Ya, 'dia' ajak main lagi di waktu malam. 

Lorong kedua, lorong yang betul nak pergi balik ke bilik. My brother (1) dengan anak buah saya, Anna, yang pergi ikut jalan itu. Tiba-tiba my brother (1) kata, "Eh? Eh? Korang nak pergi ke mana tu? Jalan nak balik ikut sini,". 

"Tadi bukan ikut jalan ini ke?" soal Kak Fit. 

Bila dah malas nak argue semua, kitorang (saya dengan Kak Fit) ikut jalan yang adik saya kata dan ya Allah nasib baik jalan itu betul. Saya lega sangat jalan itu betul. Bila dah sampai di pokok itu, okey, benda ini saya dengar sendiri. Saya tak tipu dan ye, ada benda mengilai. 

"Hee... Hee... Hee... Hee...." 

Saya cepat-cepat jalan tanpa memandang ke belakang. Okey, masa ini Anna jalan dengan saya dan tiba-tiba Annaa berkata, "Tatak Anna nak dokong." Jadi saya pun dukunglah dia. Tak tahulah dia nampak apa sampai nak suruh saya dukung dia. Mungkin dia nampak 'benda' yang mengilai itu.

Bila dah hampir sampai ke restoran itu, Anna pun suruh turunkan dia. Kak Fit, my brother dan adik saya relaks saja, macam tak dengar apa-apa pula. Pelik? Hahaha! Alhamdulillah selamat sampai dan kitorang balik ke bilik masing-masing. 

HARI KEDUA

Keesokan harinya selepas makan malam, saya pergi lagi ke Long Beach untuk kali kedua. Tetapi kali ini dengan ibu, ayah, adik, brother dan Kak Rin. Kak Fit dengan my brother serta anak buah tak pergi sebab diorang dah serik. Seperti mana yang korang tahu, ktiorang lalu jalan gelap itu lagi. Tetapi kali ini mungkin lagi seram kot. 

Kali ini kitorang susun kedudukan. Ibu dan brother (2) lead jalan, abah dengan adik tengah, saya dengan Kak Rin di belakang. Kitorang pun jalan, tetapi masa tengah jalan, ibu kata dia penat dan terasa macam ada 'benda' bertenggek di bahu dia. 

Heh! Saya dah meremang bulu roma masa itu. Dan ya, ibu pun bacalah macam-macam bagi 'benda; itu berambus dan ye 'benda' itu berambus.

Kitorang dah fikir nak balik bilik disebabkan 'benda' itu tetapi ibu kata tak apa dan teruskan perjalanan. Kitorang berhenti sekejap di tengah jalan (dah setengah jalan). Tiba-tiba ada tiga orang stranger berkepala botak dengan kurang ajarnya berkata, 

"Apehal pula ada trafic lights di depan?!" 

Saya cakap dekat Kak Rin, "Kurang ajar gila, tak nampak ke orang penat. Boleh saja lalu di tepi.". 

Kitorang memang dah berputus asa tau, penat punya pasal, kitorang turun balik dan tiba-tiba ada seorang pakcik pakai seluar pendek, baju t-shirt lusuh dan berselipar bawa torchlight. You know what? Dia langgar saya dan saya tak rasa apa-apa langsung. Bulu roma semakin meremang dan terus meremang. 

Saya tak tahu dari mana dia datang tetapi dia (pakcik misteri) baik sangat. Dia kata, "Tak apa, teruskan jalan. Saya tunjuk jalan." dan ye dia tunjuk jalan tetapi dia bawa pergi ke ceruk lain. Ceruk yang lagi cepat sampai. Sampai satu jalan itu, macam biasa ada dua lorong. Saya kata la satu lorong itu ada lampu terbuka dan bercahaya, tetapi pakcik misteri itu kata, 

"Jalan itu tutup dan gelap, tak apa, ikut saja saya."

Yang saya pelik, pakcik itu suluh jalan belakang tau, tak suluh jalan depan dan saya tak nampak muka dia langsung. My brother (2) bisik, "Dia baik, dia nak tunjuk jalan saja. Dia tak ada muka," katanya. 

My brother (2) hijab dia tebuka, so faham-faham sajalah.

Bila kitorang dah nak sampai itu, mata saya tiba-tiba kabur dan yang lain juga mengalami perkara yang sama. Serta merta pakcik misteri itu hilang. But ya, saya berterima kasih sangat kepada pakcik misteri itu sebab tunjuk jalan dan tak sesatkan kitorang. 

Selepas itu, bila saya rasa tak selesa sebab ada orang pandang lain maca, saya ajak diorang balik. Dalam perjalanan balik, saya pelik, jalan yang saya kata ada lampu dan signboard itu tak ada langsung. Saya lalu jalan sama lagi dan saya tak sedap hati terus jalan laju-laju. Nasib baik sampai ke bilik dengan selamat. 

HARI KETIGA

Keesokan harinya, kami semua balik ke jeti Besut, Terengganu dan pulang ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah tiada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kitorang dan mujur tiada 'benda' yang ikut balik. 

Tetapi korang kena berhati-hati bila pergi ke Pulau Perhentian sebab banyak kes rompak, sebab gelap. Tetapi Pulau Perhentian sangat menarik sebab airnya cantik, cuma jangan pergi ke Long Beach. Min, tolong rahsiakan sumber ye. 

Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...