The Reporter

'Refund balik duit deposit aku!!' - Mangsa dakwa lelaki ini batalkan sewaan dan enggan kembalikan deposit RM2,200


Hasrat pasangan ini berpindah ke rumah baru di Blok G18, Seksyen 2 Wangsa Maju, terbantut apabila seorang wanita ini mendakwa dia dianiaya oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. 

Luahan yang dimuat naik di Facebooknya sebentar tadi mendakwa, lelaki yang hanya dikenali sebagai 'MAE' (nama singkatan) itu enggan memulangkan wang deposit yang telah dibayar sebanyak RM2,200, meskipun telah diminta oleh pengadu (LR), untuk berbuat demikian berkali-kali.

Difahamkan, keluarga pengadu telah diminta berpindah keluar oleh pemilik rumah sewa yang terkini sebelum 15 Mei. Oleh kerana itu, pengadu perlu segera mencari rumah sewa yang lain. 

Wanita kemudian berminat dengan sebuah rumah sewa dan dia telah membuat bayaran wang deposit RM2,200 kepada lelaki (menantu) yang menjadi wakil kepada pemilik rumah sewa itu. 

Bagaimanapun, MAE kerap menangguh dan membatalkan urusan sewaan rumah itu menyebabkan LR tidak berpuas hati dan meminta wang depositnya dikembalikan. MAE berjanji akan memulangkannya tetapi sehingga ke hari ini dia masih belum berbuat demikian. Berang dengan MAE, LR mengambil keputusan untuk viralkan perkara itu di media sosial miliknya. 

"Tolong viralkan mamat ni. Al-kisah, dia ni menantu kepada pemilik rumah sewa, cancel deposit last minute dan sampai sekarang duit deposit belum dipulangkan. Cancel atas sebab tak sempat nak uruskan. Bukan sikit deposit, RM2,200. Memang nak report polis dan viralkan di media sosial juga. 

"Saya berurusan dengan dia pada 11 April dan dia sebagai orang tengah yang mewakili bapa mertua dia. Saya buat pembayaran deposit penuh tanpa resit dan dia janji nak beri agreement tetapi bertangguh-tangguh sampai 3-4 kali. 

"Kali terakhir dia janji nak serahkan kunci pada 28 April, tetapi dia tak datang. Janji jam 11 pagi, tapi dah lebih sejam kami menunggu. 

"Apabila kami cuba menghubungi dan menghantar mesej, langsung tidak dijawab. AKhirnya dalam jam 2 petang dapat mesej daripada dia yang meminta maaf dan set semula masa untuk serahkan kunci di waktu malam. 

'Abah dia lah. Ingat saya tunggul ke?'

"Semasa on the way itu, saya mesej beritahu dia yang kami dah gerak. Dia balas yang dia nak kembalikan wang bayaran deposit. Masa itu kami memang menyirap sangat-sangat. 

"Okey, tak apa. Saya suruh dia refund segera sebab nak cari rumah lain. Malah saya juga meminta nombor telefon bapa mertua dia dan biar kami yang deal dengannya. 

"Menyirap saja baca mesej dia. Gila  betul, rumah sekarang dah tender, 15 Mei kena keluar sebab tuan rumah dah jumpa penyewa baru. Kalau tak jumpa rumah lain, alamatnya memang merempatlah kami. 

"Tetapi sampai sekarang duit bayaran deposit masih belum dipulangkan. Bukan tak boleh bersabar, kami nak gunakan duit deposit itu untuk sewa rumah lain. Bukan banyak sangat duit pun. 

"Dia kata dia duduk di Kajang. Agak-agak ada sesiapa yang mengenali lelaki ini, tarbiah dia dan suruh dia pulangkan duit saya. Sudahlah menyusahkan orang," katanya. 

Justeru, LR menasihatkan orang ramai berhati-hati jika mahu menyewa dengan lelaki terbabit. Dia juga berharap MAE memulangkan wang depositnya atau dia tidak akan memadamkan post tersebut.

"Kepada sesiapa yang nak menyewa rumah dia itu, berhati-hatilah. Pemilik rumah sewa cerewet nak mampos! Korang bacalah mesej saya dengan lelaki ini.

"Bagi tempoh, tengok dia pulangkan duit deposit itu atau tidak dalam tempoh yang diberikan. Selagi tak selesai, post ini tak akan dipadamkan," katanya.















About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...