The Reporter

(Video) Pesilat maut ketika buat persembahan tunjuk kekuatan


Seorang maut, manakala seorang lagi cedera parah akibat digelek lori pikap semasa membuat persembahan dalam satu majlis yang menunjukkan kekuatan pesilat di Berau, Indonesia, kelmarin. 

Seramai enam pelajar silat membuat persembahan itu di majlis yang diadakan di sekolah pondok Al-Kholil yang turut dihadiri oleh datuk bandar Berau. 

Berdasarkan video kejadian, enam pesilat berkenaan meniarap di atas jalan sebelum lori pikap menggelek mereka. 

Sebaik saja pemandu lori pikap itu sudah bersedia, tayar kenderaan itu mula bergerak dan melalui sekeping papan yang ketinggiannya lebih rendah dari kedudukan pesilat pertama. 

Pada awal pergerakan lori  pikap itu berhenti terlalu lama di atas badan pesilat pertama dan kedua sebelum terus bergerak ke depan. Pesilat keempat sempat mengelak dari digelek kali kedua dipercayai kerana takut. 

Sebaik saja lori pikap itu berhenti, hanya empat pesilat saja yang bangun, manakala dua lagi pesilat yang dikenali sebagai Rangga dan Jodi didapati tidak sedarkan diri. 

Kedua-dua mangsa kemudian dikejarkan hospital. Rangga disahkan meninggal dunia ketika dirawat dan Jodi pula dilaporkan cedera parah. 

Ekoran kejadian itu, pihak polis sedang menyiasat dan mengambil keterangan enam individu termasuk jurulatih silat serta pihak pengurusan sekolah pondok berkenaan. 


Video kejadian itu turut tersebar di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap persembahan itu membahayakan serta tidak wajar dilakukan kerana silat adalah seni mempertahankan diri, bukannya seni menunjukkan kekuatan diri. 

"Silat ini belajar sebagai ilmu mempertahankan diri, bukan tunjuk ilmu menjadi kebal. Bila Allah hadkan sesuatu itu ada hadnya, maka ikutlah. Bila dah jadi begini, satu hal pula orang pandang pada seni silat. Bila Allah tak izin, jadilah seperti yang terpapar di media ini," kata Shaza Hasliza.

Sumber: Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...