Seorang bayi perempuan baru lahir dan masih bertali pusat ditemui di dalam beg kertas yang digantung di cermin sisi sebuah kereta, lapor Kosmo.
Dalam kejadian jam 12.15 pagi tadi di hadapan sebuah rumah pangsa di Jalan Hospital, bayi itu ditemui oleh seorang lelaki yang menyedari beg kertas itu tergantung di kereta tersebut, dalam keadaan kesejukan dan kelaparan.
Difahamkan, mangsa telah ditinggalkan di situ sebelum jam 8.30 malam semalam.
Bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk diberi rawatan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.