The Reporter

'Baliklah Nur Najwa...' - Remaja lari selepas ditegur jangan keluar malam oleh ibu bapanya


Kerisauan pasangan suami isteri membuatkan mereka tiada pilihan lain untuk membuat laporan polis di Balai Polis Jerantut, berhubung kehilangan anak perempuan mereka yang berusia 15 tahun selepas tidak pulang dari sekolah sejak Rabu lalu. 

Bapa kepada Nur Najwa Anuar, Anuar Ludin yang tinggal di Pedah Jaya, Jerantut, berkata, anaknya itu telah dihantar oleh isterinya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana pada hari kejadian. 

Bagaimanapun, Nur Najwa tidak pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan dan dipercayai telah melarikan diri ekoran berlaku perselisihan faham di antara mereka. 

Menurut Anuar, mereka selalu menegur Nur Najwa keluar malam dan isterinya pernah mengambil telefon bimbitnya. 

"Dia dipercayai mengikuti rakannya dan kami juga menerima maklumat dia menaiki bas ke Temerloh pada hari dia dilaporkan hilang," katanya memetik laporan dari Harian Metro

"Dia ada menjawab panggilan telefon namun tidak memberitahu lokasinya ketika ini. Dia cuma beritahu tidak mahu bersekolah lagi dan ingin mencari kerja. 

"Kami bimbang dengan keadaannya dan memintanya kembali ke rumah," katanya. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...