The Reporter

'Banyak shopping, mesti dia minta belanja tu' - Itulah persepsi orang, tetapi sebenarnya...


Segelintir masyarakat kita ini gemar menilai orang biarpun tidak mengenali seseorang itu. Pantang tengok orang berlebih sikit, ada saja yang menjadi bahan umpatan dengan rakan-rakan. 

Akibatnya, orang yang tidak tahu apa-apa menjadi 'mangsa' dibenci orang. Lebih teruk lagi, ada yang terus dipulau sedangkan dia tidak tahu apa-apa dek mulut si polan itu. 

Bagi Jay Tamjit, sikap seperti itu perlu dikikis dari diri sebelum ia menjadi lebih parah. Silap-silap, mereka yang berperangai seperti ini yang akan dijauhi orang kerana selalu membawa prasangka buruk terhadap orang lain. 

"Yang kamu tahu: 
  • "Menunjuk la bah tu"
  • "Banyak sudah duitnya membeli-beli"
  • "Kaya la bah"
  • "Alah, bukan duitnya tu. Dia minta belanja tu"

Yang kamu tak tahu:
  • "Ni hari aku mesti jual 30 set nasi kuning"
  • "Nanti ada duit aku mau beli la"
  • "Tunggu la dulu, ada diskaun baru beli" 
  • "Lama sudah mengidam mau pakai perfume Victoria Secret"

"Jangan cepat menilai. Kalau rasa tak boleh tengok orang lain senang sikit, kau usahalah lebih dari orang itu. 

"Tak perlu sakit hati sis. Bukan kau tak ada duit kan? Ada jak orang yang tak boleh tengok orang lain lebih dari dia," katanya. 

Sentiasalah berfikir positif dan bersangka baik. Mungkin seseorang itu bukannya riak, tetapi mungkin anda yang punyai sifat dengki dengan hidup orang lain. Apa yang penting, kemampuan mereka tidak mengganggu orang lain. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...