The Reporter

'Ini baru betul! Alhamdulillah, semoga tokey kantin ni dimurahkan rezeki' - Ibu bapa puji pengusaha kantin sekolah ini


"Alhamdulillah, semoga tokey kantin sekolah ini dimurahkan rezeki," demikian kata netizen yang teruja melihat menu-menu yang disediakan oleh pihak kantin untuk pelajar sekolah. 

Baru saja di kongsikan di Facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN) semalam, jumlah likesnya meningkat sehingga lebih dari 8,800 likes. 

Menurut Zakuan, dia bekerja sebagai tukang masak di kantin sekolah yang memerlukan dia bangun seawal jam 5.30 pagi dan tiba di sekolah pada jam 6.00 pagi. 

"Sampai di sekolah, saya akan masak dulu lapan jenis lauk pauk untuk cikgu-cikgu. Kemudian barulah kami mula masak hidangan untuk budak-budak. 

"Setiap hari, menu-menu akan berubah. Satu pinggan hanyalah RM2.00 dan air pula hanya 50 sen secawan," katanya. 


Berdasarkan gambar, saiz ayam yang dihidangkan juga besar. Begitu juga dengan kuantiti nasinya yang banyak pasti mengenyangkan para murid. 




Reaksi netizen yang rata-ratanya dari golongan ibu-ibu memuji menu-menu tersebut bukan sahaja kuantitinya banyak, malah harganya murah dan mampu dibeli oleh murid.

"Ini baru betul. Sebagai mak kepada murid, saya tak kisah kalau harga mahal tapi mesti berbaloi untuk nilai duit anak. Daripada mereka asyik membeli nugget, sosej bagai itu, memang saya marah," kata Siti Norhaniza. 

"Alhamdulillah. Kalau ada sayur sikit lagi, dah lengkap dah tu. Senang hati budak-budak makan makanan seperti ini. Barulah ada tenaga nak belajar," kata Nazatul Atikah. 


Ada segelintir ibu bapa merungut pengusaha kantin menjual menu seperti nasi ayam dengan harga RM4.00, sedangkan murid kebiasaannya tidak diberi wang belanja yang banyak. 

Semoga perkara ini menjadi contoh kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah yang lain. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...