The Reporter

'Kau pergi belajar la dulu dik, jangan buang masa customer nak kena hadap seller tolol macam u ni' - Customer biadab


Apabila berurusan dengan orang, adalah pentingnya kita mementingkan adab agar orang lain selesa berurusan dengan kita. Tiada keperluan untuk bersikap biadab, sebaik-baiknya jaga pertuturan kerana bukan semua orang boleh menerima cara pertuturan kita.

Baru-baru ini viral di media sosial, luahan kesal seorang peniaga online terhadap sikap pelanggannya yang kurang sabar sehingga tergamak melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Difahamkan, screenshot perbualan WhatsApp itu adalah milik rakannya yang terpaksa berdepan dengan pelanggan yang tercicir adabnya entah di mana.

"Nak tanya sikit, apa perasaan korang sebagai seller bila dapat customer yang terlalu 'sopan' tahap zionis ini? Aku tak tahu mana tercicir dia punya manners. Nak beli barang ke nak tunjuk dia kakak kawasan?

"First conversation pun tak reti ke bagi salam? Punya nak tunjuk dia kakak kawasan eh? Nak viral-viralkan seller pula. Awak sendiri pun tak ada manners.



"Memang bukan kerja customer nak faham situasi setiap mereka yang menjadi seller ini. Ada seller yang masih jadi student, suri rumah, ada yang bekerja semua pun berhak buat part time sebab nak mencari pendapatan sampingan. Kadang-kadang customer kenalah bertolak ansur juga.





"Ini customer ejen lain sebenarnya tapi kami sebagai team sudah tentulah terasa tempiasnya sebab kami pun mencari rezeki halal dengan produk yang sama. I'm so produ of her sebab boleh sabar layan customer biadab macam ni.

"As a seller pun memang kami kena menghadapi masalah seperti ini. Dari situ kami akan lebih berhati-hati dan menambahbaikkan perkhidmatan kami. Bukan untung semata-mata yang kami nak. Tetapi kepuasan hati pelanggan itu pun kami utamakan juga," katanya.

Sumber: Nyna Rashid

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...