The Reporter

'Makanan lambat sampai, kena maki & gaji dipotong' - Luahan pekerja penghantar makanan


Bagi sesetengah orang, kerja sebagai penghantar makanan ini nampak mudah. Tunggang motosikal, hantar makanan ke rumah/premis pelanggan, dah selesai. Itu tanggapan orang kebanyakannya. 

Tetapi kerja ini sebenarnya berdepan dengan risiko yang besar. Silap-silap boleh hilang nyawa di mana saban hari mereka bertemu dengan pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab sehingga hampir menyebabkan kemalangan. 

Selain itu, mereka bekerja di dalam cuaca hujan atau panas bila ada pelanggan yang membuat pesanan. Itu semua bagi memudahkan pelanggan. Hargailah usaha mereka, usah dimarah atau dimaki hamun. 

KERJA aku meredah hujan. Hantar makanan lambat sampai kat customer, kena maki. Gaji dipotong bila lambat, sebab jalan macam celaka. Setakat basah kuyup tak ada hal, yang penting customer dapat makanan. 

Kesihatan aku? Nak demam, nak meletup kepala kena juga pergi kerja. Yang penting aku mencari rezeki halal. At least aku berdikari mencari rezeki, tak macam remaja lain melepak di rumah minta duit mak bapak keluar dating, lepak. Aku tak pakai duit mak bapak satu sen pun. 

Kerja ini bukan duduk goyang kaki berteduh. Itu je nak cakap. Siapa pernah kat tempat aku, korang fahamlah rasa dia macam mana. 



Kerja rider ni nyawa kau hujung-hujung saja. Selisih dengan lori, kereta tak ada otak tak bagi signal langgar. Kereta laju macam nak pergi syurga, macam jalan bapak dia. Semua itu ada risiko. Lori besar nak hentam rider kecil ini terus mati katak pun boleh. 

Kadang-kadang semua stress time kerja. Bila dah balik rumah, aku senyum saja bila jumpa keluarga demi nak menjaga hati orang yang aku sayang. Semua caci maki aku buang luar. Penat semua aku tutup denga muka senyum, nak menjaga hati. Tetapi itulah, tak semua orang akan faham. 

Alhamdulillah setiap kali balik, mak layan dan jemput aku sebab mak saja yang faham keadaan aku. 

Sumber: @mhaimin_

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...