The Reporter

Perintah Berkurung untuk remaja bawah 18 tahun - TPM


Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan perintah berkurung bagi remaja berusia di bawah umur 18 tahun tidak berada di luar rumah selepas jam 12 malam, bagi menangani masalah sosial yang kian meruncing melibatkan golongan berkenaan. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelaksanaan perintah berkurung itu boleh mengurangkan jumlah remaja yang terjebak dalam masalah sosial terutamanya kes berkaitan dengan dadah. 

"Kami sedang melihat dasar ini yang diamalkan di Iceland. Model ini boleh kita contohi. Ia mungkin tidak mudah dilaksanakan tetapi kami rasa perlu dan tentu sekali membantu mengelakkan golongan remaja dari terlibat dengan aktiviti negatif. 

"Ini masih di peringkat cadangan. Kita perlu memikirkan tindakan hukuman juga unsur-unsur didikan yang perlu ada dalam undang-undang itu. 

"Apa yang pasti, terdapat keperluan untuk memastikan generasi masa depan tidak ketagih dengan bahan psychotropic dan menghisap gam," katanya yang juga menjelaskan tabiat itu mungkin dilihat tidak berbahaya seperti menyuntik dadah, namun kesan menghidu gam adalah sama malah lebih berbahaya.

Di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak Iceland, kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan berada di luar rumah selepas jam 8 malam kecuali bersama dengan orang dewasa. 

Sementara itu, remaja berusia 13 hingga 16 tahun pula dilarang berada di luar rumah selepas jam 10 malam kecuali mereka dalam perjalanan pulang dari aktiviti yang diiktiraf oleh pihak sekolah, organisasi sukan dan kelab-kelab remaja. 

Mana-mana remaja yang didapati melanggar perintah berkurung itu akan dibawa ke balai polis dan ibu bapa perlu mengambil anak-anak mereka. 

Di media sosial, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan perlaksanaan perintah berkurung bagi golongan remaja di bawah usia 18 tahun itu. 






Sumber: Blogger Milo Suam

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...