The Reporter

Remaja 16 tahun lahirkan bayi dalam bilik air lalu dicekik sehingga mati


Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun melahirkan anaknya di dalam bilik air di sebuah hospital. Tetapi bimbang kelahiran bayi itu diketahui keluarganya, dia membuang mangsa ke dalam tandas. 

Dalam kejadian pada malam Khamis lalu di Tulungagung, Jawa Timur, Indonesia, suspek mengadu sakit perut luar biasa dihantar oleh ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Kakitangan hospital yang tidak mengesyaki apa-apa meminta suspek yang berbadan gempal dan memakai pakaian longgar itu berehat seketika sementara menunggu giliran dipanggil. Tanpa pengetahuan kakitangan berkenaan, suspek telah pergi ke bilik air dengan alasan mahu membuang air besar. 

Ketika berada di bilik air, suspek telah melahirkan bayinya. 

Ibu suspek yang merasa curiga kerana anaknya berada dalam bilik air terlalu lama kemudian mengetuk pintu dan bertanya tentang keadaan anaknya itu. Suspek kemudian membuka pintu dan melihat suspek telah melahirkan bayi dan separuh badan mangsa telah berada dalam lubang mangkuk tandas. 

Ibunya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak hospital untuk meminta bantuan.

Siasatan awal polis medapati, suspek mengakui telah melahirkan bayi itu. Ketika dilahirkan, suspek memegang mangsa dengan tangan kiri sambil mencekik lehernya. Kemudian mangsa dibawa ke atas mangkuk tandas dan disiram dengan air sebanyak lima kali agar bayi itu tidak menangis kerana suspek bimbang orang lain tahu kehadiran bayi itu. 

Ketika disiram untuk kali kelima, mangsa terjatuh ke dalam lubang tandas sehingga separuh badannya dari paras pinggang ke kaki berada dalam lubang tandas. 



Hasil bedah siasat mendapati, bayi perempuan itu mati akibat lemas dicekik oleh suspek, selain ada kesan luka di dalam bahagian perut akibat terjatuh ke dalam lubang tandas. 

Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga suspek untuk urusan pengebumian.

Polis akan mendakwa suspek yang sengaja menganiaya bayinya yang baru dilahirkan sehingga meninggal dunia. Suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun. 

Sumber: Detik

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...