The Reporter

(Video) 17 tahun larikan diri selepas bunuh teman lelaki, suspek akhirnya ditangkap


Wanita yang melarikan diri selama 17 tahun selepas membunuh teman lelakinya berjaya ditangkap pihak berkuasa selepas wajahnya dikesan melalui kamera sistem pengecaman wajah ketika melalui tempat pemeriksaan motosikal di timur China. 

Suspek dilaporkan melarikan diri ke SHanghai selepas membunuh teman lelakinya di Yunnan. 

Bagaimanapun, suspek yang keluar bersama rakannya berhenti di tempat pemeriksaan lebuh raya untuk bertanyakan arah, ditahan oleh polis selepas teknologi itu mengecam wajahnya yang berada dalam senarai dikehendaki polis. 


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, suspek berjalan ke tempat pemeriksaan itu di Lebuhraya Huchang pada jam 3.20 petang, 6 Januari. 

Sebaik saja dia tiba di pintu masuk, alat penggera berbunyi. 

Ketika disoal siasat, suspek memberitahu dia tidak membawa kad identitinya dan nama keluarganya adalah Zhang, bercanggahan dengan data dalam sistem. 

Anggota trafik Lu Chunhui berkata, dia kemudian mengarahkan rakan suspek memanggil nama sebenar suspek, Li Lineng, untuk melihat reaksi suspek. 

"Ya?" jawab suspek yang terus memandang rakannya sebelum tersedar bahawa identiti sebenarnya telah terbongkar. 


Suspek akhirnya mengaku membunuh teman lelaki dalam kejadian 17 tahun lalu dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Difahamkan, pihak Polis Shanghai telah menggunakan sistem pengecaman wajah individu dikehendaki itu di seluruh bandarnya sejak 2018. Dalam tempoh tujuh bulan, pihaknya telah berjaya menahan seramai 40 suspek di tempat pemeriksaan Lebuhraya Huchang. 

Sumber: Daily Mail

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...