The Reporter

(Video) Pencuri terima balasan 'cash'


Seorang pencuri yang cuba melarikan diri selepas mencuri beberapa barangan di pasar raya Tesco Express di Essex, menerima padah apabila kakinya digilis oleh sebuah lori. 

Dalam kejadian pada jam 3:40 petang Khamis lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki sedang berlari sebelum salah seorang daripadanya tersadung lalu terjatuh di laluan lori tersebut. 

Suspek yang berusia lingkungan 30-an itu mengalami kecederaan parah akibat digilis tayar lori tanpa disedari oleh pemandunya. Suspek dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan mengenai kes kecurian di premis itu sebelum itu. Suspek kemudian melarikan diri dengan barangan curi di Tesco dan dikejar oleh kakitangan pasar raya berkenaan. 

"Pemandu lori berusia 39 tahun dari Ockendon Selatan ditahan di tempat kejadian kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Namun dia dibebaskan selepas disoal siasat," katanya. 


Sementara itu, pihak Tesco berkata mereka akan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk membantu menangani kes itu. 

Video kejadian itu viral di media sosial dan netizen menganggap itu adalah balasan 'cash' kerana perbuatannya. - Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...