The Reporter

(Video) 'Ditinju bertubi-tubi kerana tendang kereta orang'


Viral di media sosial video seorang lelaki dibelasah kerana perbuatannya yang merosakkan harta benda orang lain. 

Tidak dimaklumkan lokasi sebenar kejadian, namun berdasarkan video, lelaki berbaju biru dilihat sedang memarahi pemandu kereta di sebelahnya dan secara tiba-tiba menendang kereta tersebut. 

Tindakannya itu membuatkan pemandu dan rakannya keluar dari kereta lalu terus menyerang lelaki itu. 

Biarpun kejadian itu berlaku di tengah jalan yang sedang sesak dengan kereta, tiada orang awam yang berani keluar untuk meleraikan pergaduhan tersebut. 



Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat lelaki berbaju biru itu yang memulakan pergaduhan kerana tindakannya menendang kereta individu terbabit sudah jelas menunjukkan dia yang memulakan pergaduhan tersebut. 













Apa jua masalah yang anda hadapi ketika berada di atas jalan raya, selesaikan dengan baik tanpa perlu melibatkan keganasan. Tiada salah jika salah seorang mengaku silap dan memohon maaf. Itu bukan bermaksud anda tewas, tetapi menang kerana memilih untuk berdamai. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...