The Reporter

Denda RM2,000 jika masih berdegil berbasikal di lebuhraya

Mana-mana individu yang masih berdegil berbasikal di lebuhraya akan dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan bersalah. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, kegagalan mematuhi papan tanda larangan berbasikal adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

"Aktiviti tersebut hanya dilarang di lebuhraya, namun masih dibenarkan di jalan persekutuan, jalan negeri, jalan bandaran dan lain-lain jalan. 

"Penunggang basikal yang ingin menjalankan aktiviti berkenaan dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. 

"Ia bagi menjamin keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain," katanya. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini mengumumkan larangan berbasikal di lebuhraya dan pelaku yang didapati berbuat demikian akan dikenakan denda. 

Netizen menyambut baik perkara itu tetapi meminta larangan yang sama dikenakan di jalan-jalan biasa khususnya jalan sesak kerana masih terdapat ramai individu yang berbasikal dengan cara yang tidak selamat serta mengundang bahaya kepada para pengguna jalan raya yang lain. 

Sumber: Astro Awani

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...