The Reporter

'Masuk je kawasan RNR, aku dah rasa lain macam...'

Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 

KISAH ini sebenarnya berlaku semasa aku dalam perjalanan ke Melaka. Aku dapat panggilan telefon dari kawan adik aku yang beritahu adik aku terbabit dalam kemalangan. Jadi aku dan sepupu pun bergegas ke Melaka sekitar jam 6 petang dari daerah Besut. Masa tu, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) baru setahun siap. Aku pun baru pertama kali nak lalu ikut LPT2.

Pada mulanya sepupu tak mahu ikut LPT2, katanya jalan kat situ berayun dan dia takut aku mabuk. Tetapi aku berkeras juga nak lalu LPT2. Yelah, nama je anak Terengganu tetapi aku tak pernah lagi sampai kat LPT2.

Dipendekkan cerita, sepupu setuju ikut kepala keras aku yang nak sangat lalu ikut LPT2. Kami mula memasuki LPT2 sekitar jam 7.30 malam. Masa itu, kereta tak banyak. Bila kereta hampir dengan Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Perasing aku suruh sepupu berhenti sebab nak solat dan makan. 

Mula-mula sepupu tak nak berhenti kat situ, tapi aku paksa juga sebab aku takut terlepas waktu Maghrib dan Isyak. Macam biasa, sepupu kena juga ikut kepala keras aku ni. 

Bila masuk ke kawasan RnR Perasing, aku dah rasa lain macam. Belakang aku tiba-tiba terasa panas. Tapi aku tak layan sangat perasaan itu sebab dalam kepala, aku fikir aku tak kacau 'diorang', 'diorang' pun tak kacau aku.

Bila sampai di RnR itu, aku boleh puji parking dia memang luas, senang nak parking. Aku turun ke surau seorang diri sebab sepupu tengah "ABC" (Allah bagi cuti). Masa berjalan tu, aku perasan ramai yang tengok ke arah aku. Cuak juga rasa masa tu, terus aku peluk beg kain sembahyang kemas-kemas dan teruskan berjalan. 

Sampai surau memang sepi je kawasan tu. Lampu surau pun tutup. Aku buka lampu, tapi dia jadi lampu disko pula berkelip-kelip. Aku jadi sakit mata, aku tutup je lampu.

Akhirnya, aku solatlah dalam gelap. Masa aku bagi salam tu, aku perasan ada seorang makcik ini solat juga di situ. Aku pun tunggulah makcik itu selesai solat. Yelah, kesian juga kalau aku tinggalkan makcik itu. Sudahlah gelap. Bila makcik itu selesai solat, terus aku salam tangan dia.

"Anok ni nak gi mane?" ujar makcik tu.

"Kito nak gi Melaka mok cik."

"Nak gi wat gape Melake tu, jauh jugok tu."

Masa makcik ini nak bangun, aku tolong pegang tangan dia. Takut dia jatuh. Masa aku pegang tangan dia tu, rasa sejuk je.

"Kito nak gi tengok adik kito mok cik, sain dio talipon tadi kato dio eksiden."

"Oh.. cakak ko sepupu tu bawak kereta molek, malang bute doh ni."

Aku terus pimpin makcik itu jalan ke luar surau. Sampai je di kawasan tempat makan, makcik tu pesan ke aku suruh sepupu keluar lalu ikut susur keluar yang terdekat. 

Dia kata, "Tok molek dua anak dara naik kereta malam-malam lalu ikut LPT2 ni."

Katanya lagi, kami darah manis dan banyak yang mengikut. Aku angguk je bila makcik itu kata macam tu.

Sampai je tempat makan, aku ajak makcik itu makan sekali tetapi dia menolak. Dia kata, anak dia tengah tunggu dia. Aku pula tiba-tiba je rasa tak lapar dan terus pergi ke tempat parking. Masuk je kereta, aku tengok sepupu pelik semacam. Pucat muka dia.

"Weh, mu ni bakpo? " tanya aku.

"Mu kecek nga sapo tadi? Siap tepuk tapar!"

"Ohh, nga makcik tu lah. Dia pun maye sekali nga aku tadi."

Terus sepupu aku senyap tak cakap apa-apa. Aku pula terlupa terus akan pesan makcik tu suruh kami lalu ikut jalan lain. Rupanya ada sesuatu yang menunggu kami di tengah jalan.

Kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Akhirnya kami sampai di kawasan berhutan di kiri dan kanan. Kereta masih ada dua tiga buah. Yang peliknya, setiap kereta di belakang kami akan beri lampu tinggi sebelum memotong laju. Kereta dari arah depan pun sama juga.

Aku memandang sepupu aku, dia cuma senyap sahaja. Masa ini aku boleh nampak muka dia berpeluh. Dalam hati aku kata, "Aik, panas ke? Aku ni rasa sejuk je."

Tiba-tiba, ada sebuah kereta meintas dan melintasi kereta kami lalu menunjuk ke arah bumbung kereta.

Aku pun tanya sepupu aku, "Kau ada tinggal benda ke atas kereta?"

Tapi sepupu aku tetap senyap je, langsung tak menjawab pertanyaan. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Tapi aku diam je tak tanya dah sebab apa. Akhirnya, kami keluar dari LPT2. Sepupu aku berhenti di Temerloh

"Malam ni kita tidur hotel dulu, aku tok cekak nak bawa kereta."

Aku cuba membantah sebab aku boleh je memandu kereta juga, jadi biarlah aku gantikan dia, kan. Tapi sepupu aku terus naik angin.

"Aku kata kita duduk sini, duduk sinilah dulu. Mu jange degil gak."

Serta merta aku diam. Aku tahu mesti sepupu aku marah sangat masa tu. Aku cukup kenal dengan dia. Jenis pendiam dan tenang je. Teta bila dia naik angin, maknanya dia betul-betul marahlah.

Kami daftar masuk ke sebuah hotel murah di Temerloh. Seorang lelaki berbangsa Cina yang menjaga kaunter. Aku naik pelik sebab dia asyik tengok ke arah kereta kami. Aku pun tegurlah apek tu.

"Tokey, apa pasal lu tengok kereta kami? Ada hantu ka?"

Sepupu terus tepuk bahu aku. Aku pula dah ketawa masa tu. Tapi sekali apek tu jawab,

"Haiya amoii, wa memang nampak ada hantu woo atas keleta lu olang. Lu datang ikut jalan mana tadi?"

Aku punyalah terkejut masa tu. Padahal aku gurau je kot. Aku terus tengok muka sepupu sambil cakap perlahan-lahan,

"Weh, mu tahu doh ko pasal 'ni'?" tanya aku,

Sepupu aku mengangguk. Terus aku rasa seram. Aku tengok apek tu pun pucat muka dia.

Selesai daftar masuk, kami terus ke bilik kami. Masuk je bilik, aku dah tak tunggu lagi. Aku terus tarik tangan sepupu aku dan paksa dia cerita apa yang dah jadi sebenarnya. Dia pun terus buka mulut.

Menurut sepupu aku, semuanya mula dengan dia nampak aku cakap seorang diri di RnR Perasing tadi. Masa tu dia dah rasa tak sedap hati. Tambah lagi masa dia tengok aku tu, dia nampak ada perempuan tua berdiri kat tempat aku bercakap seorang diri tu.

Selepas itu masa dalam kereta, sebenarnya dia dah rasa kereta macam berat sangat. Macam bawa lebih muatan pula. Sampailah masa sebuah kereta tu tunjuk ke bumbung kereta dia dah syak ada yang tak beres.

Akhirnya dia buat keputusan untuk ajak aku tidur hotel je malam ni. Lepas tu dia geram sebab mulut aku cabul masa cakap dengan Apek tu. Dia risau kalau apa-apa jadi. Itu pasal dia tepuk bahu aku.

Aku yang mendengar cerita dia rasa berderau darah. Masa itulah aku tiba-tiba teringat pesanan "makcik" tu.

Korang rasa, agak-agaknyalah, makcik tu niat nak tolong aku ke? Ataupun dia cuma nak main-mainkan aku je malam tu? Entah-entah yang duduk atas kereta tu dia. Takpun, masa dia pesan kat aku tu, dia dah nampak ada benda dah duduk atas kereta?!

Apa pun, sejak kejadian tu aku masih lagi gunakan kemudahan lebuhraya tersebut cuma memang aku elak lalu LPT2 di malam hari. Kalau terpaksa lalu juga aku tak akan singgah ke RnR Perasing!

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...