The Reporter

'Pada awalnya saya tak mahu terima lamaran dia..' - Ain Soleh kongsi cerita perkenalan dengan suami Syiela Rashid

Masih lagi viral mengenai isu isteri izinkan suami berkahwin lagi dan siap menemani suaminya ke majlis perkahwinan itu. Tetapi kali ini heboh pula mengenai madunya itu. 


Barangkali timbul desas-desus atau cakap-cakap yang kurang enak mengenai dirinya menyebabkan tuan empunya badan tampil memberi penjelasan bagaimana hubungan itu boleh terjalin. 


Terdahulu, Ain Soleh, memohon maaf secara terbuka mengenai video TikTok yang dimuat naiknya yang mengatakan "Jangan pernah mengaku diri kamu cantik kalau belum pernah mengikis duit suami orang" yang mengundang kecaman netizen.


"...saya ingin memohon maaf kepada semua tentang video TikTok saya yang mendapat kecaman ramai orang. Saya juga telah memaafkan semua kata-kata yang dilontarkan kepada saya dengan ikhlas hati," katanya. 


Menjelaskan mengenai hubungannya dengan suami, perkenalan bermula apabila dia menghadiri temuduga di syarikat suaminya. 


"Memandangkan sekarang tengah hangat isu viral perkahwinan saya. Di sini saya nak kongsi cerita bagaimana saya boleh berkenalan dengan suami saya. 


1 Februari 2020 - Saya pergi interview di syarikat suami saya dan terus mendapat tawaran bekerja di situ pada sebelah petang. 


2 Februari 2020 - Saya mula bekerja di syarikat itu.


6 Februari 2020 - Suami menyampaikan hasratnya untuk melamar saya dan dalam masa yang sama dia memaklumkan dia sememangnya sedang mencari isteri lagi. Isterinya juga memberi kebenaran untuk menambah lagi. 


"Beri saya masa untuk berfikir," itu sahaja balasan saya. 


Hari demi hari, encik suami teruskan usahanya untuk mendapatkan saya. Pada awalnya saya tidak mahu menerima lamaran tersebut dan ingin berhenti kerja. Tetapi semakin hari Allah membuka hati saya untuk menerima. 


"Dalam masa yang sama saya cuma berfikir, saya sebagai seorang perempuan perlukan seorang pemimpin yang boleh membimbing saya ke syurga Allah. Kerana akhiratlah hujung kehidupan kita," katanya yang turut mendedahkan keputusannya turut disokong oleh ibu bapa. 


20 Februari 2020, Ain menerima lamaran tersebut dan lelaki itu terus memberi tarikh-tarikh yang sesuai untuk bertunang iaitu pada 15 Mac 2020. Pada 20 September 2020, Ain secara sahnya telah berkahwin dengan lelaki pilihannya itu. 


"Saya yakin jodoh dan pertemuan semuanya hak Allah," tulisnya mengakhiri post di Facebooknya itu. 


Sumber: Ain Soleh


LAPORAN BERKAITAN

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...