The Reporter

7 PATI lolos dari pusat tahanan Tawau kini sedang diburu

Tujuh daripada 14 pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari pusat tahanan sementara (PTS) Tawau semalam berjaya ditahan semula. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi Jumaat (9/10/2020), dua tahanan yang memanjat pagar belakang blok tahanan berjaya ditahan seorang anggota Majlis Keselamatan Negara (MKN). 


Operasi memburu baki suspek, berjaya menahan tujuh tahanan terbabit, manakala tujuh lagi tahanan yang masih bebas dan kini sedang giat diburu oleh pihak berkuasa. 


"Ketika kejadian, pengadu yang sedang bertugas sebagai penyelia terdengar suara anggota menjerit meminta tolong apabila mendapati dua tahanan sedang memanjat pagar belakang blok berkenaan.


"Sepasukan anggota dan pegawai PTS kemudian melancarkan operasi memburu dan mengesan semua suspek sebelum berjaya menahan tujuh daripada mereka," kata Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas. 


Tujuh tahanan terbabit adalah warga Indonesia dan Filipina yang berusia antara 29 hingga 42 tahun dikatakan sedang menunggu hasil keputusan ujian swab test Covid-19 keempat sebelum dihantar balik ke negara asal. 


Gambar-gambar mereka juga telah disebarkan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu pihak berkuasa. 


Polis kini melancarkan operasi khas 'Ops Tutup' dengan melakukan sekatan jalan di lokasi strategik bagi mengesan semua suspek terbabit. 


Bulan lalu, seorang tahanan turut lari dari PTS dan seterusnye mencetuskan kluster baharu iaitu Kluster Laut. 


Difahamkan, individu terbabit telah dihantar pulang ke Zamboanga pada 27 Ogos lalu tetapi kembali semula ke Sabah pada 5 September untuk bertemu dengan isterinya yang berada di Kunak. 


Dia kemudian menjangkiti isterinya yang menjadi punca wujudnya Kluster baharu itu. Wanita itu disahkan positif pada 8 September. Tetapi tidak diketahui sama ada suaminya dijangkiti virus itu ketika lari dari PTS atau semasa berada di Filipina.


Setakat ini Kluster Laut telah mencatatkan 113 kes dan merupakan kluster keempat terbesar dalam gelombang ketiga penularan wabak Covid-19. 


Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...