The Reporter

Macau Scam: 19 orang ditahan, 23 kenderaan mewah disita, 730 akaun bank (RM80 juta) dibekukan - SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan seramai 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam mencuci duit yang juga dikaitkan dengan perniagaan golongan artis telah ditahan. 


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, selain 23 kenderaan mewah dirampas, sebanyak 730 akaun bank yang membabitkan RM80 juta juga telah dibekukan. 


SPRM juga mempunyai senarai nama selebriti untuk hadir bagi memberi keterangan dan membantu siasatan kes tersebut. 


"Setakat ini kami juga telah menyita wang dalam akaun bank dan wang tunai, sebanyak 730 akaun bank telah dibekukan, sejumlah RM80 juta dan wang tunai yang dirampas lebih kurang RM5 juta. 


"23 kenderaan mewah, tak ada kenderaan-kenderaan kecil, semuanya mewah, telah disita yang mana pada kami ini adalah hasil daripada aktiviti haram yang dimiliki oleh individu yang terlibat dalam sindiket penipuan orang ramai ini. 


"Dalam siasatan ini, kami yakin sindiket ini telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas dan pihak siasatan mencurigai bagaimana pihak ini boleh berleluasa begitu sahaja tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan. 


"Dalam siasatan ini kami menjuruskan untuk melumpuhkan kegiatan ini dengan membekukan aset-aset dan akaun yang cuba 'dicuci' oleh mereka ini. 


"Dan siasatan kita ke arah untuk membawa mereka ke muka pengadilan dan juga disamping itu kita nak merampas wang-wang ini supaya dimasukkan sebagai hasil kerajaan. Kerana ini merupakan wang rakyat yang ditipu. 


"Tidak kurang itu juga, bagi mereka yang melindungi sindiket ini juga sedang disiasat kerana dipercayai terlibat dalam membiarkan kegiatan ini berlaku begitu sahaja," katanya dalam temubual bersama MACC Radio Online hari ini. 


Sumber: MACC FM


LAPORAN BERKAITAN

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...