The Reporter

'Terima kasih ahli politik' - Netizen kesal kes Covid-19 semakin meningkat

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam melaporkan, sebanyak 260 kes baharu Covid-19 dikesan dan 1 merupakan kes import dan bakinya adalah kes penularan tempatan. 


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai mematuhi SOP dan tidak mengambil mudah akan penularan wabak ini. 


"Jika perlu berada di luar, pastikan anda patuhi SOP dan nasihat kesihatan KKM. 


"Ramai antara kita yang ambil mudah dan leka hingga menganggap kita telah bebas daripada wabak ini," katanya melalui status di Facebook. 


Peningkatan kes baharu yang begitu ketara membuatkan ramai netizen menyuarakan kebimbangan. Sedangkan SOP telah dipatuhi, namun masih ada segelintir individu atau pihak yang berkepentingan melanggar SOP secara terang-terangan tanpa dikenakan tindakan. 


Ramai netizen percaya peningkatan kes berlaku susulan Pilihan Raya Negeri Sabah yang berlangsung baru-baru ini. 


"Kami memang dah duduk diam-diam kat rumah dan mengikut SOP, tapi atas kepentingan politik, rakyat menjadi mangsa," kata Nur Syamimi. 


"Kesian kat frontliner, KKM dan rakyat jelata yang berusaha keras membendung wabak Covid-19 ini. Rakyat patuh pada SOP dan korbankan norma hidup biasa dengan harapan keadaan akan kembali pulih. 


"Malangnya 'harapkan pegar, pegar makan padi'. Ahli politik ini dah macam 'ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus' jer," kata Hasnudin. 


"Di Indonesia, YB nya pening kepala kerana rakyat tidak patuh kepada arahan. Di Malaysia, rakyat yang pening kepala kerana YB tidak patuh kepada arahan KKM," kata Ikhwan. 


Tweet balas Noor Hisham tempoh hari, "How about all stay at Home fo awhile again?" juga menimbulkan bayangan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 akan dilaksanakan. Ia sekali gus menimbulkan pertikaian netizen yang rata-ratanya tidak mahu PKP dilaksanakan semula kerana lebih ramai yang akan terjejas terutamanya golongan bawahan. 


Bagaimanapun, Noor Hisham menjelaskan, tweet itu hanya sekadar memberi peringatan untuk rakyat untuk duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting untuk berada di luar. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...