The Reporter

(Video) 'Dia berlumba dengan BMW sampai langgar motor, saya tampor sekali muka dia'

Seorang penunggang motosikal parah dilanggar sebuah kereta jenis Volvo yang dipercayai dipandu oleh lelaki muda, malam tadi. 


Memetik sumber dari Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian itu berlaku di sebelum susur keluar ke Sri Kembangan di MEX Highway dari arah Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya. 


Menurut keterangan dari perakam video tersebut, pemandu Volvo terbabit berlumba dengan sebuah kereta jenis BMW di depan matanya. 


"Haaaaaaaaa! Ni kemalangan teruk eh. MEX Highway, MEX Highway. Haaaa! Itu pemandu dia yang berlari tu ha. Berlumba dengan BMW di depan mata saya ni. 


"Dah bagi penampor sekali tadi. Saya tampor sekali muka dia. Dia berlumba dengan BMW, habis kereta di Volvo. Tengok enjin dia pun tertanggal.


"Ini betul-betul budak b****h ni. Muda-muda b***h, kurang ajar. Depan mata saya dia langgar motor. Tengok motor dia langgar. Diseretnya motor ini, haa budak motor yang dia langgar tu kat sana. Bukan main jauh lagi," kata perakam. 



Difahamkan, mangsa masih hidup dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...