The Reporter

'Saya guru praktikal yang rakam video itu, saya yang diberhentikan kerja, bukan cikgu tetap itu'


Perkembangan terkini mengenai kes cikgu menolak dan mencampak murid lelaki di sebuah pusat pendidikan di Shah alam. 


Guru praktikal yang membuat rakaman video dalam kelas untuk dihantar kepada pihak universiti (rutin) sehingga menampakkan adegan kekasaran yang dilakukan guru wanita terhadap murid, tampil memberi penjelasan agar netizen tidak salah faham. 


Guru praktikal yang dikenali sebagai Irma berkata, dia mengaku dia membuat rakaman video itu. Seperti yang dilaporkan media semalam, video tersebut diviralkan oleh tunangnya. Akibatnya, Irma diberhentikan serta-merta. 


"Tolong betulkan balik ye. Saya cikgu praktikal, saya yang rekod. Cikgu itu (dalam video viral) cikgu tetap. Saya yang diberhentikan, bukan cikgu (tetap) itu.


"Saya rekod untuk video pembelajaran sebenarnya. Kena bagi kepada pensyarah sebab saya praktikal. Masa kejadian itu, saya tak perasan. Dah habis baru perasan dan betul saya dibuang (diberhentikan)," katanya. 


Kronologi kejadian sebenar jika mengikut susunannya: 


Video viral berdurasi 10 saat itu dirakam oleh guru praktikal bagi tujuan laporan untuk dihantar kepada pihak universiti. Dan dikatakan guru praktikal itu tidak menyedari kejadian itu turut dirakam lensanya. 


Adegan kekasaran yang berlaku kepada murid lelaki itu disedari oleh tunang kepada guru praktikal berkenaan yang kemudian bertindak memuat naik klip video pendek itu di media sosial dan seterusnya viral sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. 


Menyedari video yang membabit guru wanita (tetap) viral di media sosial, pihak pusat pendidikan telah bertindak memberhentikan guru praktikal serta-merta. 


Ibu kepada murid yang dikasari juga telah membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, polis telah memanggil guru wanita terbabit untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. 


Bagaimanapun, menurut satu sumber, guru wanita itu menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan apa yang berlaku dalam video tersebut hanyalah sekadar lakonan. 


Polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak. 


Bapa kepada salah seorang murid yang dihantar ke pusat pendidikan tersebut (cawangan lain), Sheikh Al Fariq berjumpa dengan pihak pengetua untuk meminta penjelasan. Pengetua wanita itu menjelaskan, tindakan telah diambil termasuk membuat laporan polis. 


"Cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhentikan kerja serta-merta dan report polis telah dibuat," tulisnya tetapi tidak menyatakan sama ada guru tetap atau guru praktikal yang diberhentikan. 


Orang ramai masih menunggu keputusan siasatan pihak polis berhubung kes tersebut. Rata-rata berharap guru wanita itu dikenakan tindakan kerana perbuatannya bukan sahaja tidak boleh diterima, tetapi juga memalukan imej guru.


About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...