The Reporter

Baru kenal dah berani bawa balik ke rumah sewa guna jalan tikus, pasangan muda baru seminggu kenal dicekup khalwat


Tindakan seorang lelaki berusia 22 tahun membawa pulang pasangannya ke rumah sewa mengundang padah apabila dia dicekup berkhalwat oleh pihak berkuasa. 


Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Haizan Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan maksiat di rumah tersebut dan mengerahkan sepasukan anggota membuat serbuan pada jam 1.05 pagi Khamis, 12 Ogos 2021. 


Ketika diserbu, hanya mereka berdua ditemui dalam rumah sewa itu yang disyaki melakukan maksiat. Pasangan lelaki itu yang merupakan remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui bersembunyi di dalam bilik air tanpa baju. Kedua-duanya juga gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. 


Siasatan mendapati, lelaki itu berasal dari Padang Serai dan bekerja di sebuah kilang ayam remaja itu pula menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. 


Difahamkan, mereka berdua baru berkenalan sejak seminggu lalu melalui laman sosial. Pada hari kejadian, lelaki itu mengambil teman wanitanya di Juru, Pulau Pinang dan dengan berani membawa pulang ke rumah sewa menggunakan laluan tikus.


Pasangan itu dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan dan diambil keterangan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali. 


Sumber: Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...