The Reporter

JAIM sahkan penangkapan wanita berkhalwat dengan suami orang


Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, mengesahkan seorang wanita berstatus isteri orang telah ditangkap khalwat bersama kekasihnya yang juga merupakan suami orang di kawasan Bukit Katil pada 25 Ogos 2021. 


Wanita berusia 35 tahun itu dan pasangannya berusia 33 tahun ditahan oleh imam kampung berkenaan setelah menerima maklumat mengenai perbuatan mereka. 


"Saya mengesahkan tangkapan itu yang mana kedua-dua mereka juga didapati berstatus sudah berkahwin. Tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkurung sehingga mendatangkan syak," katanya. 


Difahamkan, siasatan yang dilakukan ke atas pasangan itu kini berada di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada pihak pendakwaan. JAIM telah merakam keterangan pasangan itu dan berterima kepada orang awam yang bekerjasama dengan JAIM dalam memberi maklumat. 


Tambah beliau, pihak JAIM amat mengalu-alukan maklumat awam dan penduduk setempat dalam melaporkan sebarang kegiatan maksiat melalui nombor WhatsApp 017-262180. 


Sebelum ini viral di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mencekup isterinya berkhalwat dengan kekasih di rumah sewa mereka. Si suami kemudian menghubungi pemilik rumah sewa dan memintanya untuk mendapatkan bantuan dari imam bagi menjadi saksi kejadian yang menjijikkan itu. 


Berlaku pergelutan di antara si suami dengan kekasih isterinya di hadapan kediaman tersebut sebelum dileraikan oleh anggota polis. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...