Seorang lelaki Mesir didakwa membunuh isterinya di hadapan anak-anak mereka kerana terlalu banyak bercakap.
Menurut siasatan polis, suspek mengaku mereka bertengkar dan dia membunuh isterinya kerana bengang dengan mangsa yang terlalu banyak bercakap. Suspek dikatakan telah membunuh mangsa dengan menghentak kepalanya ke dinding beberapa kali sehingga tidak sedarkan diri.
Keesokan paginya, suspek keluar dari rumah untuk pergi bekerja dan meninggalkan isterinya di dalam bilik kerana menyangka dia sedang tidur. Tidak beberapa lama kemudian, dia menerima panggilan telefon dari anaknya yang memberitahu ibunya telah meninggal dunia.
Suspek bergegas pulang ke rumah untuk memeriksa keadaan isterinya. Anak-anaknya sempat berkata, "Kami dah cuba bangunkan ibu, tetapi ibu sudah tidak bernyawa".
Suspek segera membawa mangsa ke hospital tetapi doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Pemeriksaan mendapati ada kesan-kesan lebam di badan mangsa menyebabkan doktor segera membuat laporan polis.
Ketika disoal siasat, suspek menafikan dakwaan kononnya dia sengaja membunuh isterinya. Jelasnya, mereka hanya bertengkar seperti mana pertengkaran yang biasa berlaku pada mana-mana pasangan.
Suspek berusia 50 tahun itu juga memaklumkan isterinya menghidap diabetes dan hipertensi dengan mengatakan ada kemungkinan dia jatuh koma atau mengalami depresi. Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku telah membunuh isterinya secara tidak sengaja.
Sumber: Gulf News