The Reporter

(Video) 'Dia dah buat dah, lampu merah tu.. Aduhai!' - Marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi control trafik sesuka hati undang kemarahan


Tular di media sosial video beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi berlagak seperti 'marshal' memberhentikan dan mengarahkan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat untuk memberi ruang kepada konvoi mereka melalui jalan tersebut.


Video yang dimuat naik oleh Epul Adam Helmet Bajet itu dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat di Sua Betong, Port Dickson. 


Walaupun ketika itu lampu isyarat jelas berwarna merah, 'marshal wannabe' itu tidak peduli dan serta-merta menghentikan kenderaan awam agar konvoi mereka dapat meneruskan perjalanan. 


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati konvoi tersebut datang dari Lebuhraya Seremban - Port Dickson menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong ke Bulatan Sunggala Telok Kemang. 


Pihaknya kini sedang mengesan individu yang bertindak sebagai 'marshal' dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 06-6472222. 



Dalam pada itu, Aidi Sham menasihatkan mana-mana kumpulan konvoi kenderaan tidak membuat sebarang tindakan memberhentikan / mengawal / melencong kenderaan orang awam di jalan raya tanpa sebarang kehadiran mana-mana pegawai polis. Tindakan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga menyekat kebebasan bergerak di jalan awam. 

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...