Awal pandemik Covid-19 tahun lalu, kerajaan pada 6 April 2020 (Isnin) telah memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelakkan berlaku kesesakan apabila mengeluarkan wang.
Ini berikutan kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang meningkat secara mendadak pada ketika itu.
Menurut Menteri Kanan Keselamatan pada waktu itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu akan bermula sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam perkembangan terkini, portal Ringgit.com melaporkan, caj pengeluaran untuk ATM antarabank akan kembali pada Februari 2022 dan perkara ini telah pun diumum oleh pihak Citibank, CIMB dan juga KFH, manakala bank-bank yang lain belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu.
Di media sosial, majoriti netizen tidak bersetuju dengan caj RM1 yang dikenakan kerana berpendapat rakyat masih terkesan dengan pandemik Covid-19.
"Jadi, selepas dua tahun menderita dan hadap lockdown, rakyat tiba-tiba meraih banyak duit dan mampu membeli segala-galanya? Tahu nilainya cuma RM1 tetapi rakyat masih berkerja keras untuk mencari duit dan apatah lagi sekarang ditekan pula dengan harga barang naik serta dikenakan caj-caj yang lain," kata Sanjiyven.
"Yang aku pelik, tak boleh ke korang (bank) caj 1 sen je? Apa p****k caj sampai seringgit? Apa fungsi MEPS ni pun aku tak tahulah. Dah 2021 pun masih jadi bangsat curi duit orang," kata Arif Jumat.
"Tak payah merepek ya Allah. Gaji RM1,200 tolak semua. Kadang-kadang orang sampai tahap RM10 pun dia nak withdraw tapi kena caj RM1. Haih, nak kekalkan untuk overseas bank tak apalah. Ini local," kata Farihan Jaffar.
"Bank-bank hanat ni tak cukup-cukup untung ke?" kata JJo.
Sumber: Twitter 1Rnggt