The Reporter

'Dia kucup bibir saya tanpa kebenaran' - Remaja perempuan dakwa dicabul guru


Tular di media sosial salinan laporan polis seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang mendakwa dirinya telah diganggu secara seksual dan dicabul kehormatan oleh gurunya. 


Laporan polis itu dibuat pada jam 12.52 tengah hari Sabtu, 11 Disember 2021 di Balai Polis Jalan Tun Razak. Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu menegaskan, laporan tersebut dibuat kerana dia baru mempunyai keberanian untuk berbuat demikian. 


Berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada 11 Julai 2019 di mana mangsa bersama rakan-rakannya keluar bersama sebelum dihubungi oleh dua orang guru. 


Mangsa yang berpecah dengan rakannya telah menaiki kereta suspek untuk pergi ke destinasi. Dalam masa yang sama, suspek bertanya kepada mangsa adakah mangsa sayang kepadanya. 


"Dia bertanya kepada saya banyak kali sama ada saya sayang kepada dia atau tidak. Ketika sedang memandu, dia (suspek) telah meletakkan tangannya di atas paha saya. 


"Apabila sampai ke destinasi (Trec, KL), dia telah mengucup bibir saya tanpa kebenaran. Kemudian dia membawa saya ke Reggae Bar Xtra dan di situ kawan-kawan (lain) sedang menunggu. 


"Ketika saya sedang menunggu Damia (rakan) di tandas, suspek telah mengekori saya ke sana dan di situ dia sekali lagi mengucup saya di bibir tanpa kebenaran. 


"Kemudian kami pergi ke restoran Nasi Kandar Pelita yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Setelah dia memarkirkan keretanya, dia telah menarik turun baju yang saya pakai dan mencabul saya.



"Saya buat laporan kerana baru sekarang saya berani dan kes itu naik di media sosial. Lelaki itu membuat laporan polis bahawa saya telah memfitnah dia dan menjatuhkan air mukanya," katanya seperti terkandung dalam laporan tersebut. 


Sumber: Twitter Saiful Nizam

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...