Seorang lelaki Iraq didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita warga emas berusia 90-an berkerusi roda di dalam tandas di hospital Jerman.
Mangsa yang dikenali sebagai Lili F., ketika itu sedang menunggu untuk membuat imbasan x-ray di bilik kecemasan setelah terjatuh di pusat jagaan golongan pesara.
Menurut pendakwa raya, tertuduh, Munthar All. L., 33, melakukan serangan seksual tersebut selepas mangsa masuk ke tandas. Atas kesalahan itu, tertuduh akan didakwa dengan pertuduhan merogol dengan niat mendatangkan kecederaan.
Munthar bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu dan mendakwa dia sebenarnya mahu membantu Lili untuk pergi ke tandas.
Dalam keterangan melalui video, Lili menjelaskan dia sebelum itu sedang menunggu di ruangan menunggu dan mahu pergi ke tandas. Sebaik saja memasuki tandas, kerusi rodanya ditolak oleh seseorang yang kemudian meletakkannya di atas mangkuk tandas.
"Pada awalnya saya menyangka lelaki itu adalah jururawat. Tetapi apabila dia mula meraba paha saya dan menyentuh dada saya, saya mula berasa takut," katanya yang juga mengakui mengalami trauma teruk selepas kejadian itu.
Munthar yang menghidap penyakit buah pinggang, tinggal bersama isteri dan anak perempuannya berusia 9 tahun, mengakui dia hanya minum lapan tin bir setiap hari, namun menafikan dakwaan yang dibuat oleh wanita warga meas itu.
"Dia berbohong! Saya hanya mahu membantu membawa dia ke tandas!"
Sumber: Daily Mail