The Reporter

'Diberi lesen tanam sayur, tapi dia pergi pacak khemah' - Pengusaha tapak perkhemahan di lokasi tanah runtuh beroperasi secara haram sejak 2020



Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengesahkan tiga tapak perkhemahan yang terjejas akibat tanah runtuh awal pagi tadi mengakibatkan kematian orang awam, telah beroperasi secara haram sejak 2020

Menurut beliau, tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya diberi kebenaran untuk melakukan aktiviti pertanian organik yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019


Susulan tragedi yang telah mengorbankan banyak nyawa itu, pengusaha tapak perkhemahan terbabit telah didapati melanggar peruntukkan di bawah Akta Jalanan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda maksimum RM50,000


"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas (ke atas pengusaha). Kedaulatan undang-undang adalah Rukun Negara kita, tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang. 


"Malah, tindakan ini bukan hanya tertakluk kepada pengusaha tapak ini, sebaliknya akan diperluaskan ke seluruh negara. 


"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan kompaun, manakala Pejabat Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan di mahkamah. 


"(Semua pengusaha tapak perkhemahan tidak berlesen diminta) hentikan operasi masing-masing. Segera memohon lesen sebelum tindakan diambil," tegasnya. 


Dalam masa yang sama, beliau telah mengarahkan semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan mana-mana lokasi berisiko tinggi di seluruh negara diarahkan tutup selama tujuh hari berkuatkuasa serta-merta. 


Arahan telah dikeluarkan kepada 155 PBT pagi tadi berikutan ramalan hujan lebat dijangka akan berterusan selama lima hari ekoran Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlaku esok. 


"Saya tidak mahu lihat lagi kejadian seperti ini berulang. Semua tapak perkhemahan di tepi sungai, air terjun, dan lereng bukit yang berbahaya akan dikosongkan selama tujuh hari sehingga kerajaan keluar arahan baharu," katanya. 


Sumber: Berita Harian

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...