The Reporter

Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan video & gambar lucah bekas kekasih



Pempengaruh TikTok yang juga 'ikon permotoran', Haqiem Stopa, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya, lima hari lalu. 


Haqiem atau nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.


Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Timbalan Pendakwa Raya, Anis Farhah Ahmad Hilmi memohon tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. 


Namun, peguam yang mewakili tertuduh, Mohd Faiz Fahmy Abdul Razak (YBGK) merayu agar mahkamah memberi kadar jaminan rendah kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai content creator, selain perlu menjaga ibu bapanya yang uzur. 


Majistret Nur Hafizah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes. 


Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan dari seorang wanita yang mendakwa diugut oleh bekas kekasihnya yang juga pempengaruh media sosial.


Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan Haqiem Stopa pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Sinar Harian

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...