The Reporter

Hafidz Roshdi dah pergi ke Hospital Bahagia untuk jalani rawatan psikiatri, tetapi keputusan belum dikeluarkan



Pelakon Hafizd Roshdi pada 13 Mac lalu diperintah oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk menjalani rawatan psikiatri susulan dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan pada isterinya, Nurul Shuhada. 


Shuhada pada jam 3.30 pagi 2 Mac lalu, cedera di bahagian muka akibat ditumbuk oleh Hafidz sebanyak tiga kali, sehingga terpaksa menerima 10 jahitan di pipi. 


Dalam perkembangan terkini, Hafidz telah pergi ke Hospital Bahagia untuk menjalani rawatan tersebut, tetapi keputusan rawatan belum dikeluarkan oleh doktor. 


"Keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi. Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan, bergantung kepada doktor. 


"Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini," kata peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader. 


Menurut beliau, meskipun Hafidz dalam tempoh menjalani rawatan psikiatri, dia juga dibenarkan untuk berjumpa dengan anak-anaknya.


Sementara itu, Hafidz menerusi hantaran di Instagram memohon mana-mana individu yang membuka akaun media sosial menggunakan namanya berhenti daripada berbuat demikian. 


"Hafidz ingin memohon jasa baik kepada semua yang memiliki apa juga jeis akau nemdia sosial yang didaftarkan di atas nama saya dengan jelas ianya bukan saya dan tanpa kebearan daripadap pihak saya. 


"Saya memahmi jika berniat untuk kebaikan tetapi ia mungkin membawa persepsi yang berlainan," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Instagram Hafidz Roshdi 


About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...