The Reporter

'Saya pilih untuk berdamai, tetapi ditolak' - Ali Puteh mahu berdamai dengan Hidayah & berjumpa dengan anak arwah abangnya



Sejak arwah Abam Bocey meninggal dunia tiga tahun lalu, adiknya, Ali Puteh langsung tidak mengetahui sebarang perkembangan akaun media sosial Abam kerana dia dan ahli keluarga lain disekat daripada melihat akaun milik arwah Abam. 


"Takkan saya nak tunjuk yang saya pun sudah disekat. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya tidak tahu menahu mengenai Instagram milik arwah abang saya. 


"Apa pun, Instagram ini hanya sekadar permainan industri. Apa yang penting adalah untuk memberikan bacaan Al-Fatihah buat arwah abang saya. 


"Bukan apa, sekiranya tdak boleh melihat akaun itu, takkan saya hendak paksa pula. Bukan baru sehari dua (disekat), namun sudah bertahun sebenarnya," katanya. 


Mengulas mengenai kesnya dengan kakak ipar, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, Ali pernah terfikir untuk berdamai di luar mahkamah. Namun hasratnya itu tidak kesampaian. 


"Sebenarnya jalan untuk berdamai itu yang saya pilih. Namun ditolak. Mungkin jika ingin berdamai lagi akan bertambah hal. Bukan tak nak bayar, cuma kalau boleh nak bayar secara ansuran. Namun permohonan itu pun ditolak, mest ada yang tidak kena," katanya. 


Selain itu, Ali turut memaklumkan dia sudah lama tidak berjumpa dengan Hamzah, anak arwah abangnya. Malah ibunya juga tidak sempat berjumpa dengan cucunya sendiri sebelum meninggal dunia. 


"Saya cuma memikirkan anak arwah abang saya yang berada di situ. Selepas tiga tahun arwah Abam meninggal dunia pun, kami tidak dapat berjumpa dengan Hamzah. 


"Bukan saya saja, malah arwah mak saya meninggal dunia pun tak berjumpa. Saya bukan nak menyalahkkan sesiapa, cuma akan mencuba sebaik mungkin untuk bayar (saman RM60,000) secepat mungkin," katanya. 


Sumber: Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...