The Reporter

'Saya masih suami dia, end of the day saya akan tidur dengan dia di atas katil, bukan dengan wartawan/netizen' - Syamsul nekad mahu pujuk Puteri Sarah untuk terima poligami



Pengarah Syamsul Yusof mengakui dia masih sayang pada isteri pertamanya, Puteri Sarah dan berhasrat mahu menyelamatkan rumah tangganya serta menjalankan tanggungjawab sebagai suami. 


"Nak buat macam aman, saya masih sayangkan dia. Saya masih nak selamatkan lagi. Walau buruk sekali pun isteri saya, tak kisahlah sama ada Sarah atau Ira, dia tanggungjawab saya. Saya harus membimbing mereka walaupun saya tak sempurna," katanya. 


Namun untuk berdamai dengan Puteri Sarah, dia enggan melakukannya secara terbuka, apatah lagi di media sosial. Sebaik-baiknya Syamsul mahu perkara itu diselesaikan secara tertutup tanpa membuka aib mana-mana pihak. 


"Saya masih mengharapkan lagi untuk kita berbincang macam mana. Bukan dengan cara pergi mahkamah atau uar-uarkan di media sosial. Ada jalan yang lebih baik daripada kita nak terus membuka aib sesama sendiri. 


"Ini bukan satu pertandingan. Cerita rumah tangga, urusan dalam kain. Macam seronok sangat. Adakah ini satu hiburan kepada Sarah? 


"Jangan lupa, saya masih suami dia walau apa pun. End of the day, saya akan tidur dengan dia di atas katil, dengan dia (Sarah). Bukan dengan wartawan, bukan dengan netizen. 


BOLEH MAAFKAN PUTERI SARAH, MAHU BERDAMAI


"Kalau tak suka saya, kenapa sampai tahap perlu memfitnah saya memukulnya? Jangan buat cerita fitnah yang tidak benar walaupun membenci saya sekali pun. Saya ada menghubungi dan beritahu sampai hati awak buat saya macam ini. Dan cerita di sebalik memukul itu pun ada kisahnya dan kalau boleh saya tidak mahu mengulas perkara itu lebih panjang. 


"Bagi saya, yang sudah itu sudahlah. Saya boleh memaafkan dia. Kalau ada ruang untuk berbaik, ayuh kita berbincang," katanya. 


Dalam pada itu, Syamsul juga menafikan dakwaan dia mengabaikan Puteri Sarah selama empat tahun. Sedangkan dalam tempoh itu dia masih memberi nafkah, menyediakan tempat tinggal dan jaga makan minumnya. Tidak pernah sesekali dia menghalau Puteri Sarah keluar daripada rumah, melainkan isteri pertamanya itu yang keluar daripada rumah itu sendiri. 


Syamsul turut mempersoalkan mengapa Puteri Sarah tidak menuntut cerai sekiranya benar pengabaian itu berlaku selama tempoh empat tahun dan kenapa apabila dia sudah berkahwin dengan Ira Kazar, baru nak menuntut cerai. 


"Anda boleh tanya soalan sama kepada dia, kenapa tak minta cerai empat tahun lalu? Kenapa selepas saya berkahwin dan berpoligami baru nak bercerai? Sebab masing-masing ada simpan perasaan sayang lagi," katanya.


MAHU PUTERI SARAH TERIMA IRA KAZAR SEBAGAI MADU


Difahamkan, pasangan itu melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini secara berasingan. Syamsul kecewa, dia tidak dapat berjumpa dengan Puteri Sarah dan sekali gus merasakan proses itu menyukarkan dirinya untuk mencari jalan pendamaian. 


"Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang dalam seminggu beberapa hari kami boleh berjumpa. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang," katanya. 


Pengarah sensasi itu menjelaskan, dia seboleh-bolehnya enggan bercerai kerana apa yang terjadi selepas bercerai akan timbul masalah yang lebih besar seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan lain-lain. Disebabkan itu, Syamsul amat berharap dapat berjumpa dengan isteri pertamanya itu untuk berbincang dengan baik dan harmoni. Selepas berjaya berjumpa, barulah dia akan mempertimbangkan permintaan Puteri Sarah untuk dilepaskan. 


Sumber: Gempak, Harian Metro

About apeyangmenarik

Powered by Blogger.
loading...